Ekspedisi ke Turki

EKSPEDISI PENDIDIKAN KE TURKI

21 Mei - 01 Jun 2010

Ekspedisi anjuran Anggota-anggota Union of NGO’s of The Islamic World (UNIW) di Malaysia.
Dapatkan borang penyertaan di Koleksi Fail

Ekspedisi tahun ini sempena Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi (memperingati 50 tahun pemergian Said Nursi).
Ekspedisi dijangka akan meliputi :
Istanbul (Istana Topkapi, Aya Sophia, Masjid Biru, Grand Bazaar)
Simposium Said Nursi di Istanbul pada 23 dan 24 Mei.
Urfa (Makam Nabi Ibrahim as; juga tempat Said Nursi di semadikan pada Mac 1960, sebelum dipindahkan ke Isparta Julai 1960)
Dari Istanbul akan menaiki kapal terbang ke Urfa (sekitar 1100 km)
Ankara (Ibunegara Turki)
Dari Urfa akan menaiki kapal terbang ke Ankara
Konya (Makam Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi)
Dari Ankara sekitar 3 jam melalui jalan darat ke Konya
Bursa (Ibunegara Pertama Kerajaan Uthmaniah dan pusat Sutera)
Dari Konya sekitar 5 jam melalui jalan darat ke Bursa.
Dari Bursa pula sekitar 2 jam ke Istanbul

Solat Hajat Serentak

SOLAT HAJAT SERENTAK

Mengambil kira perkembangan semasa suasana politik negara; khususnya perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menggesa semua ahli WADAH dan umat Islam melaksanakan solat hajat memohon ke hadrat Allah swt agar kita semua dijauhkan dari sebarang unsur fitnah dan jahat, serta di beri rahmat dan kesabaran untuk menempuh dugaan ini.

Di samping solat hajat yang di anjurkan di surau dan masjid; WADAH mengesyorkan supaya solat hajat juga dibuat secara individu di rumah  masing-masing TEPAT pada jam 5.00 pagi (jam 4.30 pagi bagi yang di Sabah dan Sarawak) bermula pada hari Khamis malam Jumaat 25 Februari 2010.
Solah hajat secara individu tetapi SERENTAK ini dibuat setiap hari sebagai usaha kita memohon bantuan dan rahmat dari Allah swt.
Dalam perlaksanaan solat hajat secara individu tetapi SERENTAK ini,  disyorkan supaya dibuat kumpulan yang mana ahli-ahli akan bergilir untuk menghantar SMS atau membuat 'missed call' kepada rakan-rakan sekumpulan pada waktu tertentu setiap pagi untuk mengerakkan atau mengingatkan tentang waktu solat hajat.
Semoga usaha kita yang sedikit ini akan melayakkan kita untuk menerima  pertolongan dan rahmat dari Allah swt.
Wassalam.

Pelawat

We have 5 guests online

Alamat Perhubungan

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
(WADAH) (1947-05-7)
No 8, Jalan Surada Satu,
Taman Desa Surada
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

(Tel) 603-8925 2344
(Fax) 603-8922 2561

(Mel-e) wadahpusat@gmail.com

Login Ahli

GERAKAN ISLAM: MENOLEH MASA LALU, MENYOROT MASA DEPAN

Print PDF

GERAKAN ISLAM:  MENOLEH MASA LALU, MENYOROT MASA DEPAN

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Menoleh Masa Lalu

1961 PKPIM  lahir dengan matlamat yang sangat sederhana  iaitu untuk memperjuangkan  “kepentingan pelajar-pelajar Islam”.     Menjelang dekad 70’an PKPIM memasuki era kematangannya  dengan memperlihatkan komitmen terhadap idealisme perjuangan “cita-cita Islamiah” dan “aspirasi nasional”. Hujung 60’an dan awal 70’an adalah era tumbuhnya kesedaran kemahasiswaan.  Para aktivis PKPIM menyebut diri mereka sebagai “elemen yang sedar dari masyarakatnya” di samping sebagai the conscience of the majority. Kesedaran tersebutlah yang melatari pelbagai aksi kemahasiswaan termasuk demonstrasi tentang pelabagai isu semasa.   Tetapi yang lebih penting adalah kegiatan-kegiatan yang beresensi pemikiran dan keilmuan seperti Kongres Kamajuan Islam di Malaysia,  Seminar Peradaban Islam, Seminar Pendidikan di Malaysia, dan Kongres Universiti Islam.

 

1971  ABIM lahir sebagai  wadah pelanjut perjuangan pasca kemahasiswaan.   Kemunculan ABIM ternyata suatu yang cukup fenomenal.  Justeru, ABIM adalah badan dakwah yang pertama berciri dan berjati diri sebagai gerakan Islam (harakah Islamiyah) dengan keanggotaan yang merakyat dan bersifat nasional dalam erti meratai seluruh negara.  ABIM berjaya menempa sejarah kepeloporannya dalam merealisasikan fenomena the rising tide of Islam atau kebangkitan Islam di Malaysia kerana pelbagai faktor,  termasuk:

 

Kekuatan wadah pesediaan (PKPIM)

Ketepatan waktu kemunculannya (sebagai wadah penyambut era kebangkitan Islam)

Karisma pemimpin utamanya

Kepimpinan jama`iy  yang memadukan pelbagai latar pendidikan

Keupayaan memanfaatkan dinamika keislaman dan kepemudaan

Kekuatan fikrah (budaya ilmu)

Keberkesanan skema tarbiyah (ilmiah-rohaniah-harakiah).

Keberkesanan mekanisme dan kekuatan keorganisasian.

Keterbukaan dan toleransi terhadap kepelbagaian aliran mazhab dan pemikiran.

Komitmen yang tinggi terhadap misi perjuangan amar makruf nahi munkar.

 

 

Tidak benar mempersepsikan ABIM  sebagai wadah pelarian penderita penyakit rendah diri pelajar-pelajar aliran Melayu yang gagal  menguasai bahasa Inggeris.  Perlu dicatat bahawa sebahagian yang tidak kecil daripada barisan pimpinan awal ABIM adalah mereka yang berlatar pendidikan Inggeris.   Demikian juga tidak benarnya anggapan bahawa ABIM adalah jelmaan keresahan kaum Melayu yang berasa jati dirinya sedang terhakis.  Dengan kata lain,  fenomena keislaman yang dipromosikan oleh ABIM itu hanyalah suatu usaha pemantapan jati diri Melayu.    Hakikatnya,  fenomena keislaman di Malaysia adalah sebahagian daripada fenomena global al-sahwah al-Islamiayyah.  Yang membentuk pemikiran para aktivis  ABIM bukan tokoh-tokoh racist Melayu,  tetapi karya tulis para pemikir dan pemimpin gerakan Islam seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Maududiy, an-Nadwi,   Fathi Yakan, Sa’id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma’il R.al-Faruqi  dan lain-lain lagi.  Dari kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan membentuk pemikiran para aktivis tersebut termasuklah Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.   Beliau sangat berjasa dalam konteks pengukuhan idea Islamisasi dan dewesternisasi.  Kritiknya terhadap Barat,  tamadun dan kesarjanaannya, telah meruntuhkan hegemoni pemikiran Barat di kalangan generasi muda terpelajar.   Penyerlahannya terhadap peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan cultural confidence dalam perjuangan pendaulatan Islam dan tamadunnya di Malaysia.   Selain beliau,  Prof. Syed Husein Alatas adalah public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis.   Kritiknya terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.

 

Dalam pembinaan tradisi keilmuannya ABIM bersikap  terbuka,  sedia memanfaatkan ilmu dari siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam seperti Paulo Freire,  pemikir dan pejuang pendidikan kaum tertindas dari Brazil.  Bagaimanapun ABIM tidak pernah terikat dengan sesiapa.  Dengan demikian khazanah keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam.    Kekayaan dan keragaman seperti itu memang sangat diperlukan untuk pengentalan mesej dan misi perjuangan membina masyarakar yang religious dan sekaligus rakyat yang cerdas dan berfikiran kritis. Latar keintelektualan sedemikian itulah juga yang membawa pencitraan ABIM  bukan hanya sebuah badan dakwah dalam pengertian sempit,  tetapi juga suatu kekuatan sosial dan  agen perubahan yang tidak boleh diremehkan.    

 

 

Menyorot Masa Depan

 

Demikianlah pengkisahan ringkas sebuah gerakan yang menjadi ikon dalam sejarah kebangkitan Islam di Malaysia.   Kehadirannya selalu dikitari kontroversi,  yang mendukung menyintainya sepenuh hati,  yang menentang membencinya setengah mati.  Kita adalah pewaris dan pelanjut sebuah gerakan besar.  Yang kita warisi bukan cuma kebesarannya,  tetapi juga beban memelihara kebesarannya dan mempertahankan kerelevanannya.

 

Apabila dikatakan bahawa quality means survival bererti kualiti kader gerakan adalah penentu kerelevanan dan survival.   Kerana itu dalam keadaan bagaimana sekalipun,  kualiti (khususnya kualiti  kepimpinan jamaah) tidak seharusnya dikompromikan.  Justeru, pemimpin adalah imej gerakan/jamaah keseluruhannya.  Kerana itu kepimpinan Jamaah harus memiliki sejumlah kriteria keunggulan terutama  keperibadian yang inspiring, integriti  moral dan ketaatan beragama,  kompetensi keilmuan yang tinggi,  kemampuan mengartikulasikan fikrah dan gagasan keislaman  dengan petah, indah dan meyakinkan;  juga ketrampilan berorganisasi termasuk kemampuan menjadi problem solver.

Kepimpinan gerakan ini harus kaya dengan idea dan gagasan.  Peranan tradisi gerakan ini sebagai opinion leader perlu dipertahankan.  Demikian juga dengan peranan kepeloporannya dalam menghasilkan gagasan-gagasan baru seperti konsep pembangunan,  pendidikan bersepadu,  Islam dan masyarakat majmuk dan lain-lain lagi.  Dalam konteks hari ini  seharusnya kita mampu memasyarakatkan gagasan-gagasan yang kemaskini seperti Islam dan pluraliti,  pendidikan demokrasi,  ekonomi kerakyatan,  pendidikan liberatif dan seumpamanya.   Gagasan-gagasan besar ini tidak hanya untuk diwacanakan sesama sendiri,  tetapi harus diangkat menjadi wacana nasional dan seterusnya diarusperdanakan

 

Kehadiran kita selama ini bukan sekadar bak melukut di tepi gantang,  tetapi sebagai suatu kekuatan, sebagai a formidable force. Kekuatan ini harus dipertahankan dan ditingkatkan. Justeru,  ada ketikanya kita perlu berbicara dan bertindak dengan kekuatan.  Hanya dengan memiliki kekuatan yang secukupnya kita dapat berperanan sebagai agen perubahan, sebagai kekuatan pengimbang, sebagai jambatan dan sebagai kekuatan penentu.

 

Kegiatan pendakwahan yang selama ini menjadi core business kita perlu ditinjau semula keintensifan dan keberkesanannya terutama dalam konteks krisis moral akibat keleluasaan budaya hiburan dan kegiatan maksiat. Dalam kaitan inilah timbulnya kewajaran melihat kemungkinan memanfaatkan  keanggotaan gerakan ini dalam Majlis-Majlis Belia untuk meningkatkan gerakan  mendidik dan membina generasi muda umat dengan budaya ilmu dan nilai-nilai keagamaan.

Memang banyak  yang memerlukan tinjauan semula,  termasuk institusi-institusi pendidikan yang telah kita bangunkan sebagai memenuhi tuntutan  dakwah bi ‘l-hal dengan menawarkan alternatif keislaman atau al-bada’il al-Islamiyyah. Yang harus ditinjau semula adalah kerelevanannya dalam konteks masa kini,    kualitinya sebagai program alternatif yang memakai label Islam.  Institusi-institusi ini seharusnya berkembang kuantiti dan kualitinya,  tidak membeku pada tahap eksperimental yang serba seadanya.   Perlu diambil ingatan bahawa pihak-pihak lain telah juga telah mendirikan institusi-institusi yang hampir sama,  yang kualitinya mungkin lebih baik.

 

Konsolidasi Dalaman

Keperluan semerta yang paling mendesak adalah konsolidasi dalaman, pemantapan dan pemapanan rangkaian jamaah yang telah kita bina dengan susah-payah.  Untuk tujuan itu langkah-langkah yang perlu segera diambil harus  meliputi:

 

Pengukuhan institusi syura.

Pemantapan amalan qiyadah jama`iyyah dan budaya amal jama`iy

Penegasan sikap menolak  gejala pemecahan jama`ah (splinter group)

Pengemaskinian skema tarbiyah harakiyah jama`iyah dan pelestarian tradisi belajar bersama.

Penyegaran nilai-nilai luhur perjuangan:  keikhlasan, persaudaraan, kasih-sayang dst.

 

 

MUZAKARAH QIYADAH 2

30 JANUARI 2010

 

 

 

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH: SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN

Print PDF

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Selama berabad-abad  negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang  terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay  States)  ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.  Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.   Faktor kunci kejayaan ini  tidak lain adalah sikap ramah  bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”.   Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini  menikmati  kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.   Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan,  juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.  Memang  dalam sejarahnya  Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.    Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.  Justeru,  kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing.  Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.   Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak   diusek atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam.   Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.   Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan  dan pendirian orang lain.   Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya,  Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain  Allah (Yang Maha Esa).  Hanya Dia yang bernama Allah,  nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya,  tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri.   Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud.    Ia adalah nama yang merujuk  Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.  Sebagai nama khusus-Nya,  ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain.  Kerana  kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya,   Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai  nama khas (`alam)  yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya,  dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya.   Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya,  jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.  Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap  dan muktamad,   definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, Katakanlah:  Dia-lah Allah,  Yang Maha Esa.    Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.  Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.  Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”.    Penurunan  surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta  Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya.  Kerana itu surah ini bermula dengan kata  Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan  definisi tentang Allah.   Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik,  nama yang menolak syirik,  dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan).  Kerana itu surah ini disebut juga dengan  nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah  “...a Personality”,  bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama  Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.   Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik,  termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.   Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya,  lalu bagaimana mungkin  mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung  ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya?  Selama ini,  sejak ratusan tahun,  tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah  dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.  Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya,  malah telah dikembangkan tanpa masalah.   Lalu kenapa sekarang isu  ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif.  Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.   Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali  kita merenung  kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.  Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.  Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes)  without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of  a good Catholic education.  Wrong!  It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church  has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.  It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself.  On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever  as a monument to its credo, rather than for the blemishes  in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).


Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin.  Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya.  Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.  Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”,  selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi.   Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya.  Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu,  zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi  Melayu.    Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan,  tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu  dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”.    Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,  termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.  Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat  Abdullah Munsyi.  Bagaimanapun  orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.  Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu”  yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini,  era membina kesatuan dalam kepelbagaian.  Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari,  dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.  Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di  luar Malaysia tidak semestinya relevan  dengan masyarakat kita.   Isu ini harus dilihat secara kontekstual.  Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.  Fiqh kita  mengambilkira  `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah  mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

 

WADAH meminta Kerajaan Memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional

Print PDF

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) meminta kerajaan memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional yang bakal menyaksikan pengagihan biasaswa berdasarkan 100 peratus merit dan bukan lagi berasaskan kaum. Usaha mengkaji dan memperhalusi cadangan ini perlu bagi memastikan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan terus dipertahankan.

Wadah meminta kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap ketidakseimbangan yang wujud antara bandar dan luar bandar, antara Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak dan antara kelompok berpendapatan tinggi dan golongan miskin di bandar-bandar. Masing-masing mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pendapatan dan taraf hidup, persekitaran dan kemudahan pembelajaran. Semua ini akan memberi kesan yang berbeza ke atas prestasi pelajar-pelajar. Sekiranya pemberian bantuan dan biasiswa berasaskan merit semata-mata, maka sebilangan besar mereka yang berada di luar bandar, di pendalaman Sarawak dan Sabah serta golongan miskin di bandar-bandar akan terkeluar dari senarai mereka yang  mendapat peluang biasiswa ini, kerana sering kali prestasi akademik kelompok ini relatif lebih rendah.
 

Muktamar Nasional

Print PDF
Alhamdulillah, Muktamar Nasional ke-3 WADAH telah selamat berlangsung pada 28 Jun 2009 yang lalu di Kolej Dar al Hikmah. Dato’ Dr Siddiq Fadhil, Presiden WADAH telah menyampaikan Amanat Pimpinan bertajuk “Menangani Politik Perubahan dan Perubahan Politik” yang akan menjadi panduan dalam gerakerja WADAH untuk tiga tahun akan datang.

Sempena dengan Muktamar ini juga sidang seminar telah turut diadakan. Empat pembentang kertaskerja telah membentangkan dua tajuk yang amat menarik perhatian Perwakilan dan Pemerhati Muktamar pada kali ini  iaitu “Dakwah dan Cabaran Masakini" dibentangkan oleh Dr Muhammad Nur Manuty dan Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman.  Kedua-dua mereka adalah mantan Presiden ABIM dan kini menjadi Pimpinan Kanan WADAH.  Manakala Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Prof Madya Shaharuddin Badaruddin pula membentangkan kertaskerja bertajuk “Menangani Perubahan Politik”.
 

WADAH Bawa Suara Palestin Untuk Cari Penyelesaian

Print PDF

SIMPOSIUM ANTARABANGSA PALESTIN SEMPENA MESYUARAT AGUNG UNIW, ISTANBUL, TURKI

Simposium Antarabangsa Palestin anjuran Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) pada 30 – 31 Mei 2009 yang lalu telah menampilkan pelbagai tokoh Islam antarabangsa dari pelbagai negara sebagai usaha untuk mencari solusi jangka panjang terhadap krisis yang berlaku di rantau berkenaan.  Apa yang menarik, Simposium berkenaan  telah mengiktiraf ketokohan beberapa pemimpin NGO Islam di Malaysia apabila mereka dijemput oleh pihak penganjur untuk membentangkan kertas kerja.

Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) En Ahmad Azam Abdul Rahman antara wakil Malaysia yang dijemput untuk berkongsi idea bersama puluhan NGO Islam dari seluruh dunia. Beliau yang sebelum ini pernah membentangkan kertas kerja berkenaan isu "Islamphobia" pada tahun 2008 yang lalu, turut diberi penghormatan untuk memberikan ucaptama dalam simposium berkenaan. Selain Wadah, beliau turut aktif bersuara dalam isu yang melibatkan persoalan antarabangsa menerusi platform Future Global Network (FGN).

 


Page 1 of 2