Aktiviti

TIMBALAN PRESIDEN WADAH ULAS KEPENTINGAN MENJAGA & MEMELIHARA KETURUNAN DI ASSALAMUALAIKUM TV AL-HIJRAH

23 April 2024 – Menurut Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden WADAH, para alim ulama’ berpendapat, menjaga keturunan bermula dari awal perkahwinan lagi iaitu melalui perkahwinan, salah satunya adalah ketika memilih isteri. Ini sangat penting kerana ia menentukan sosio-masyarakat pada masa akan datang.

Islam menitik beratkan penjagaan keturunan dari awal proses perkahwinan itu sendiri iaitu melalui pemilihan pasangan, meliputi akhlak. Keluarga yang baik itu hasil daripada pemilihan pasangan yang baik, berakhlak, serta berpendidikan. Masyarakat hari ini harus dididik bahawa keluarga itu bukan hanya konteks keluarga semata-mata, tetapi komposisinya memberi kesan kepada masyarakat. Jika komposisi keluarga yang pelbagai dalam masyarakat dipelihara dengan baik, ia mampu melahirkan masyarakat yang sangat baik juga.

Justeru, beliau mengingatkan para ibubapa agar mendidik anak-anak menjaga maruah diri dan menyeru masyarakat agar turut sama sensitif dalam memastikan akhlak dan moral bangsa yang terjaga.

Ustaz Hasri Harun yang juga merupakan Pensyarah Kanan/Ketua Institut Maqasid Syariah, Jabatan Kecemerlangan Penyelidikan, Universiti Selangor (UNISEL) telah memberi pengisian dalam program Assalamualaikum TV Al-Hijrah melalui slot “Maqasid Syariah: Menjaga & Pelihara Keturunan”.

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan