INFO WADAH

PENGENALAN

Penubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi mereka dalam masyarakat.

WADAH telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 09 November 2005 dengan nombor pendaftaran PPM-003-10-11092005 (Selangor).

WADAH ditubuhkan dengan tujuan-tujuan berikut:

  1. Melaksanakan pogram-program dakwah dan kesedaran social yang dapat meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa dan negara.
  2. Mengadakan latihan-latihan bagi melahirkan tenaga da’I yang kompeten.
  3. Mengembleng tenaga da’I bagi melaksanakan program dakwah secara lebih bersepadu dan berkesan.
  4. Mendidik umat melalui usaha menyebarluas pandangan dan pendirian mengenai pelbagai isu yang berbangkit berasaskan perspektif Islam melalui pelbagai saluran dan media sedia ada.

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan