KENYATAAN MEDIA

PEMASYURAN SULTAN IBRAHIM SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII

Daulat Tuanku,
 
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
 
sempena pertabalan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 pada hari ini, 31 Januari 2024 bersamaan 19 Rejab 1445H bagi tempoh 5 tahun.
 
Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada Oktober tahun lalu manakala Sultan Nazrin dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
 
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Tuanku, serta memberi keberkatan kepada seluruh rakyat jelata di atas perlantikan ini, di samping membawa limpahan rahmah dan maghfirah ke atas negara kita.
 
Sembah Takzim daripada seluruh warga WADAH.
 
 
Kredit gambar: Bernama

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

AKTIVITI

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan