Aktiviti

MAJLIS JAMUAN RAYA USRAH WADAH PUSAT 1445H

20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah Usrah WADAH Pusat telah mengadakan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 1445H bertempat di Anjung Rahmat, Sg. Merab.
 
Majlis dihadiri oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty (Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW)), Prof Dr Tengku Hasanudin Yusof (Ketua Ahlul Halli Wal Aqdi dari Acheh), Ustaz Daniftal (Ahli Dewan Ahlul Halli Wal Aqdi dari Palembang), Ustaz Rosli Iskandar (Wakil Malaysia Ahlul Halli Wal Aqdi) dan Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Shamsudin (Presiden ABIM).
 
Dato’ Ahmad Azam dalam ucapan beliau mengingatkan tentang kebangkitan semangat baru dunia Islam berdasarkan peristiwa di Gaza yang membuka peluang hidayah kepada orang Barat seterusnya membuka topeng kemunafikan pihak-pihak berkepentingan.
 
Selain itu, Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty juga menyampaikan pesanan bahawa bulan Syawal ini merupakan medan untuk melakukan tazkiyatun nafs; pembersihan jiwa kembali kepada fitrah agar semua umat Islam menjadi yang lebih baik dan kuat bagi menghadapi bulan mendatang.
 
Bersama kita raikan Syawal dengan rasa syukur dan saling bersilaturrahim tanpa melupakan nasib umat Islam yang teraniaya di seluruh dunia.

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan