PUSAT INFAQ WADAH

PENGENALAN

Pusat Infaq WADAH (PIW) telah diwujudkan hasil dari keputusan Mesyuarat Ahli JawatankuasaKerja Pusat  WADAH yang bersidang pada Disember, 2013. Secara umumnya, PIW merupakan sayap penjana dana utama bagi WADAH di samping menentu serta memastikan kumpulan wang tersebut diagihkan kepada sasaran yang benar-benar layak menerimanya.

Dengan adanya PIW, ini membolehkan tumpuan khusus diberikan  kepada urusan penjanaan dana, di samping menyalurkan sumber dana tersebut kepada program/aktiviti jamaah dan masyarakat yang menepati tuntutan syara`.

Peranan Utama PIW:

  1. Menerima infaq – Menerima bayaran infaq dari para anggota WADAH serta orang awam secara langsung.

  2. Menyalur kutipan zakat kepada institusi zakat negeri-negeri – PIW akan bertindak sebagai agen yang akan menyalurkan semua kutipan yang dibuat kepada institusi zakat.

  3. Mengagih zakat – Wang yang diperolehi akan diagihkan kepada golongan asnaf serta mereka yang layak menerima.

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan