KENYATAAN MEDIA

KES MAHKAMAH PERSEKUTUAN: NIK ELIN ZURINA LAWAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

WADAH melahirkan rasa prihatin terhadap perkembangan keputusan keabsahan beberapa peruntukan undang-undang Jenayah Syariah Kelantan menerusi kes di Mahkamah Persekutuan (Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan) yang diputuskan hari ini.

Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka WADAH berpandangan wajar Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh YABhg Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi, mantan Ketua Hakim Negara, agar dapat segera menyusun pelan tindakan bagi melihat secara menyeluruh kedudukan undang-undang Syariah di Malaysia.

WADAH berpendirian isu Kehakiman Syariah harus dibangunkan secara holistik dan bersepadu dan ianya tidak dipolitik dan dipolemikkan. Pelbagai pihak harus bergandingan untuk mencari jalan yang lebih harmoni bagi mencari jalan tuntas berkaitan dengan isu-isu melibatkan kedudukan undang-undang Syariah dan Sivil.

WADAH mempertegaskan bahawa kes ini merupakan suatu ujian kepada prinsip Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia antara kuasa Dewan Undangan Negeri dalam menggubal Undang-undang dan bukannya isu kedaulatan Islam tercabar atau pencerobohan terhadap bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Perbahasan di media sosial harus terkawal tidak wajar berlebihan hingga menimbulkan sentimen yang berlebihan hingga mengancam keharmonian masyarakat. Perbahasan haruslah dengan lebih sopan, berakhlak dan berhikmah bagi mencari solusi yang lebih tuntas mencari penyelesaian terbaik jangka panjang serta menyeluruh.


TUAN HJ AZIZUDDIN AHMAD

Setiausaha Agung

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

AKTIVITI

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan