Aktiviti

PERTEMUAN SILATURRAHIM AHWA INDONESIA BERSAMA WADAH MALAYSIA

20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah telah berlangsung pertemuan silaturrahim antara WADAH dengan AHWA Indonesia di Anjung Rahmat, Sungai Merab. Tujuan lawatan AHWA adalah untuk bersilaturrahmi dengan gerakan-gerakan dakwah dan ulamak-ulamak di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
 
Dalam pertemuan ini, WADAH diwakili oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Nor (AJK Wadah Pusat) dan Ustaz Mokhtar Ramli (WADAH Selangor) manakala AHWA Indonesia pula diwakili oleh Prof Dr Tengku Hasanudin Yusof (Ketua, Ahlul Halli Wal Aqdi dari Acheh), Ustaz Daniftal (Ahli Dewan Ahlul Halli Wal Aqdi dari Palembang) dan Ustaz Rosli Iskandar (wakil Malaysia Ahlul Halli Wal Aqdi).
 
Sebagai info tambahan, AHWA adalah Pertubuhan Ahlu Halli Wal Aqdi, diasaskan oleh almarhum Ustaz Bardan Kindarto di Palembang, dengan tujuan menyatukan umarak dan ulamak Muslim seluruh dunia untuk menjalankan dakwah secara bersama.
 
Moga ukhuwah yang terjalin dapat menjayakan pelbagai program bersama yang dapat membawa kebaikan kepada umat Islam seluruhnya.

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan