KENYATAAN MEDIA

TUMPUKAN MEMBANGUN NEGARA DAN KEBAJIKAN RAKYAT

WADAH menjunjung titah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di persidangan Perasmian Sidang Parlimen ke-15 yang menekankan peranan dan komitmen semua ahli Parlimen bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat sentiasa dipelihara.

Teguran baginda kepada setiap Ahli Parlimen agar menjaga adab dan tata tertib juga menjaga kesopanan adalah selari dengan ajaran agama terutama dalam membentuk perbahasan yang baik dan bermutu berkaitan kemakmuran negara dan kemampanan rakyat.

Sebarang cubaan untuk mengganggu pentadbiran Kerajaan Perpaduan mesti diambil serius dan dihentikan. Rakyat menyedari tindakan sebegini akan banyak merugikan tumpuan dan keutamaan kerajaan dalam meningkatkan dan memulihkan ekonomi negara. Rakyat dalam masa yang sama menjadi letih dengan polemik yang berpanjangan yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

WADAH merasakan kewajaran ketegasan baginda untuk terus memperkukuh perpaduan dan mengelak pertelingkahan melalui hasutan isu-isu berkaitan agama dan perkauman.

WADAH menyeru agar kesemua ahli parlimen perlu mematuhi titah baginda dan berharap sesi parlimen kali ini akan lebih menumpukan kepada perkara membangun dan memajukan lagi negara ke arah lebih stabil, saksama, prihatin rakyat serta mengurangkan isu-isu remeh, peribadi, fitnah dan mencabar perkara berkaitan 3R.

Selari dengan anjuran DYMM YDP Agong, WADAH turut mengingatkan agar kepimpinan negara yang akan bersidang menghayati bersama denyut nadi rakyat kerana menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membela nasib rakyat yang dipimpin.

 

DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN

Presiden

www.wadah.org.my

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

AKTIVITI

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan