Aktiviti

Wacana Pemikir 2.0: Isu Palestin & Masa Depan Geopolitik Asia Barat

20 Februari 2024, KOTA KINABALU – Alhamdulillah telah berlangsung Wacana Pemikir 2.0: Isu Palestin & Masa Depan Geopolitik Asia Barat anjuran Kerajaan Negeri Sabah, USIA (Pertubuhan Islam Seluruh Sabah), Yadim Zon Sabah, CONCERN (NGOs Islam Sabah), WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) Sabah, Abim Sabah dan SIFN (Sabah Islamic Future Network) yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Arifin Arif / YB Datuk Arifin Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
 
 
Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) turut memberikan info semasa di Palestin, manakala Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat berkongsi tentang Isu Palestin & Masa Depan Geopolitik Asia Barat.
 
 

Dalam ucapan beliau, Dato’ Ahmad Azam yang juga merupakan Pesuruhjaya Independent Permanent Human Right Commission (IPHRC-OIC) turut berkongsi 10 mitos mengenai Is.rael merangkumi 3 aspek iaitu:

i) 6 Fallacies of The Past (6 Kekeliruan Pada Masa Lalu)
1. Palestin.e was an empty land.
2. The Jews were people without land.
3. Zionism is Judaism.
4. Zionism is not colonialism.
5. The Pales.tinians voluntarily left their homeland in 1948.

6. The June 1967 War was a war of “no choice”.

ii) 3 Fallacies of The Present (3 Kekeliruan Pada Masa Kini)
7. Is.rael is the only democracy in the Middle East.
8. The Oslo Mythologies.

9. The Gaza Mythologies.

iii) 1 Myth on Looking Ahead (1 Mitos Pandangan ke Hadapan)

10. The two-states solution is the only way forward.

Beliau turut menekankan pendirian Malaysia yang tegas menyokong perjuangan pembebasan rakyat Pales.tine melalui 6 tuntutan yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia MADANI di Persidangan Antarabangsa iaitu:
1. Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan segera.
2. Menghentikan aktiviti penempatan oleh Is.rael dan tindakan keganasan penduduk haram (settler).
3. Menghentikan serta-merta perpindahan orang awam Pales.tin secara paksa.
4. Siasatan ke atas pelanggaran semua undang-undang antarabangsa melalui institusi perundangan antarabangsa.
5. Menyokong Inisiatif Keamanan Arab dan Rundingan Penyelesaian Dua Negara berdasarkan garis sempadan pra-1967.

6. Memerangi peningkatan global dalam Islamofobia.

Masyarakat antarabangsa dan seluruh umat Islam khususnya diseru agar terus memberi tekanan dan sokongan kepada isu Pales.tine ini kerana ia merupakan isu keadilan sejagat, bukan berteraskan agama semata.
 
 
 

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan