Aktiviti

TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL AGAMA LUNCUR KEMPEN SALAM RAMADAN 1445H WADAH

9 Mac 2024, KUALA LUMPUR – Alhamdulillah, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Kempen Salam Ramadan 1445H WADAH di Majlis Pra – Peluncuran Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB). Kempen Salam Ramadan 1445H WADAH meliputi program bantuan barangan asas, pembangunan rohani, pemantapan ibadah dalam penghayatan sepanjang bulan Ramadan dengan penyasaran kepada golongan muallaf, orang asli serta orang kurang upaya selain asnaf dan juga miskin.
 
 
Turut dilancar kempen Sinar Ramadan 2024/1445H dan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dikendalikan oleh ABIM.
 
 
Hadir sama, Datuk Mohd Ajib Ismail (Pengarah JAWI), Tn. Azizuddin Ahmad (Setiausaha Agung WADAH), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Presiden ABIM), Sdr. Dzul Aiman Zulkefly (Presiden PKPIM), Ust. Dr. Ab Halim Muhammad (Pengerusi IOAC), Tn. Hj. Hamdan Mohd Hassan (IOAC Penang) serta rakan-rakan strategik yang komited dalam agenda dakwah dan pemerkasaan Islam di Malaysia.
 
 
OOB yang terletak di Jalan 1, Bukit Bintang merupakan pusat khidmat masyarakat dan dakwah yang bakal membuka ruang dakwah yang lebih terbuka dan inklusif di kawasan pelancongan.
 
 
Moga usaha dakwah terus dapat diperluas dan diperkasa melalui OOB dan kawasan sekitarnya, inshaAllah.
 
 

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan