Wadah Anjur Persidangan Meja Bulat Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO
Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Persidangan Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sesi ini dimulakan dengan pengenalan ringkas panel jemputan dan para peserta yang hadir. Antara panel yang hadir ialah Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, selaku Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani yang membentangkan tajuk Indeks Madani di Putrajaya. Berikutnya, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, selaku Ketua Kumpulan Penyelidikan Universiti Governans untuk Pemuliharaan telah membentangkan tajuk ‘‘Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung’’.
Meja Bulat Kemasyarakatan
Komuniti Setempat sebagai Khalifah dalam Pemuliharaan Warisan melalui Geopark di Malaysia. Seterusnya, Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun turut hadir membentangkan tajuk ‘‘Ruang Bermain yang Hilang: Persepsi dan Harapan Kanak-kanak terhadap Peluang Rekreasi di Kawasan Bandar’’. Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob jugaturut hadir membentangkantajuk “Tingkah Laku Beretika Alam Sekitar Masyarakat Melayu-Islam”.
Program ini juga menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara organisasi masyarakat sivil bagi memastikan setiap usaha pembangunan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tersusun dan berasaskan data. Sesi pembentangan penyelidikan, perkongsian projek lapangan dan perbincangan dua hala turut diadakan bagi mengenal pasti cabaran serta peluang baharu dalam melaksana program kemasyarakatan. Sesi ini diakhiri pada jam 1.00 petang dengan rumusan serta cadangan tindakan susulan bagi memastikan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penyelesaian yang berkesan untuk masyarakat perumahan rakyat
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]