WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

Kongsikan artikel ini :
ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026

Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global serta kestabilan geopolitik antarabangsa.

Serangan ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan tenaga Iran, malah berpotensi mengheret rantau Teluk ke dalam eskalasi konflik apabila Iran dilaporkan mengancam untuk menyasarkan kemudahan tenaga di negara jiran seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar. Situasi ini memperlihatkan risiko konflik serantau yang lebih luas serta gangguan serius kepada rantaian bekalan tenaga dunia, termasuk laluan strategik Selat Hormuz.

WADAH dengan tegas mengutuk sebarang bentuk serangan terhadap infrastruktur awam dan ekonomi yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat serta kestabilan global. Tindakan sedemikian merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan sejagat.

Sehubungan itu, WADAH menegaskan bahawa:

“Peperangan Amerika Syarikat–Israel terhadap Iran adalah tindakan melulu dan membawa bencana, malah bersifat dungu serta menyalahi undang-undang.”

Tindakan agresif ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah berpotensi mencetuskan konflik berskala besar serta mencerminkan kegagalan diplomasi dan penghormatan terhadap kedaulatan negara.

Dari perspektif ummatik, WADAH melihat krisis ini sebagai satu ujian besar kepada umat Islam dan masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan nilai keadilan, keamanan dan kemanusiaan sejagat. Firman Allah SWT:


“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya…” (Al-Anfal: 61)

Ayat ini menegaskan bahawa keamanan dan dialog adalah pendekatan terbaik dalam menyelesaikan konflik.

Dari sudut geopolitik, perkembangan ini menandakan peralihan kepada bentuk “peperangan tenaga”, di mana infrastruktur ekonomi strategik menjadi sasaran utama. 

Implikasinya termasuk risiko krisis tenaga global, peningkatan harga minyak, ancaman kepada perdagangan antarabangsa serta tekanan inflasi yang turut memberi kesan kepada negara membangun termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, WADAH menyeru kepada:

1. Penghentian segera segala bentuk serangan terhadap infrastruktur awam dan tenaga;

2. Gencatan senjata serta-merta dan pembukaan ruang rundingan diplomatik;

3. Peranan lebih proaktif OIC, ASEAN dan komuniti antarabangsa dalam mendesak penyelesaian damai;

4. Kesatuan umat dan solidariti global dalam menolak peperangan serta mempertahankan keamanan sejagat.

WADAH menegaskan bahawa keamanan dunia adalah amanah bersama. Kegagalan mempertahankannya akan membawa implikasi besar kepada kestabilan global dan masa depan umat manusia.


“MENGANGKAT MARTABAT UMMAH” 

AZIZUDDIN AHMAD 
SETIAUSAHA AGUNG WADAH 
(016-3383249)  

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2835
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
935319
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini