Makan Malam Membugar Perjuangan Generasi

Kongsikan artikel ini :

Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah” Meriah di Pulau Pinang

Pulau Pinang, 28 November 2025 – Dewan Bizmilla, Seberang Jaya, menjadi saksi kemeriahan Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah bertemakan “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah”. Acara ini dihadiri oleh 530 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, menandakan semangat ukhuwah dan komitmen yang kukuh dalam kalangan pendukung gerakan.

Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah ini dianjurkan khas untuk menghargai muktamirin dan muktamirat serta generasi awal perjuangan, di samping mengukuhkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Dalam ucapan Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman, Presiden WADAH, beliau menzahirkan penghargaan kepada generasi 80-an, yang disifatkan sebagai generasi emas kerana komitmen dan istiqamah perjuangan mereka dalam membangunkan gerakan. Beliau turut menegaskan bahawa pengorbanan generasi awal tidak pernah sia-sia, malah menjadi asas lahirnya kepimpinan utama negara; Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman turut mengimbau kekuatan gerakan sejak 1978, yang berpaksikan kesatuan hati, pemikiran dan amal (wihdatul qalb, wihdatul fikr, wihdatul ‘amal). Beliau turut mengajak seluruh pendukung gerakan untuk membina Kebangkitan Islam 2.0 (Nahdah Ummah) melalui sinergi WADAH, ABIM dan PKPIM. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab. Rahman menyeru agar memori perjuangan generasi terdahulu terus dihargai dan diwacanakan kerana memori perjuangan itu tersemat di dalam diri mereka. Beliau menutup ucapan beliau dengan ungkapan “Raikan generasi awal dengan sesungguhnya, kerana memori perjuangan itu ada dengan mereka”.

Makan Malam Telusuri Sejarah

Seterusnya, Majlis Jamuan Makan Malam ini menelusuri sejarah perjuangan gerakan melalui Forum Memoir Perjuangan yang disampaikan oleh Dr. Abdul Halim Muhammady dan YB Senator Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman. Majlis turut meraikan tokoh-tokoh perjuangan gerakan melalui sesi penyampaian Anugerah Tokoh Ummah, serta dimeriahkan dengan bacaan puisi “Simbahan Dakwah Maududi” oleh Ustaz Hasri Harun dan persembahan nasyid oleh kumpulan The Voice, menjadikan suasana lebih bermakna.

Acara makan malam ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keakraban, membolehkan muktamirin dan muktamirat saling berinteraksi dan berkongsi pengalaman perjuangan masing-masing. Ia bukan sahaja menjadi simbol penghargaan, tetapi juga satu titik pertemuan untuk memperkukuh visi dan misi gerakan di masa hadapan.

Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah kali ini diharap dapat terus membina jaringan ukhuwah yang lebih erat dan membugar semangat meneruskan perjuangan untuk kebaikan umat.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM
presiden wadah uniw

Presiden WADAH Gesa NGO Dunia Islam Melangkaui Deklarasi, Umum Penubuhan Pusat Inisiatif Strategik

PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]

Baca Lanjut
wadah uniw

WADAH Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan NGO Dunia Islam (UNIW) di Putrajaya

PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]

Baca Lanjut

Seminar Keibubapaan Era Digital Perkukuh 14 Komuniti Wangsa Maju: WADAH Agih Sumbangan ‘Bakul Kasih’

KUALA LUMPUR, 16 September 2026 – Cabaran mendidik generasi masa kini di tengah-tengah kerencaman arus teknologi dan ledakan media sosial menuntut penggemblengan usaha berterusan antara agensi penguatkuasaan, pakar perundangan, institusi pendidikan, serta kepimpinan akar umbi. Menyedari peri pentingnya benteng pertahanan keluarga dibina secara kolektif, penganjuran Seminar Keibubapaan Era Digital telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah […]

Baca Lanjut
hari malaysia

Semarak Hari Malaysia: Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan Himpun Warga PPR dan Profesional Kupas Gagasan ‘Hubb Al-Watan’

KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – Memperingati pembentukan sebuah persekutuan berdaulat pada Hari Malaysia menuntut penghayatan patriotisme yang melangkaui kibaran bendera secara luaran, sebaliknya wajib diterjemahkan melalui tanggungjawab sosial, keadilan, dan pembelaan kebajikan rakyat terbanyak. Semangat inilah yang menyemarakkan penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Ppiwp (WAP) Wilayah Persekutuan yang berlangsung dengan penuh penghayatan di […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1802
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
832461
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini