WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Kongsikan artikel ini :
orang asli

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat.

Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun padang bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bersama anak-anak masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan. Sepanjang program berlangsung, beberapa slot pengisian telah dikendalikan yang memberi penekanan kepada pembinaan adab, penerapan nilai-nilai murni serta pengenalan kepada ilmu asas berkaitan ibadah dan amalan dalam bulan Ramadan.

Selain sesi perkongsian ilmu, para peserta turut melaksanakan beberapa aktiviti interaktif dan modul pendidikan yang telah disediakan lebih awal bagi menarik minat kanak-kanak untuk lebih memahami pengisian yang disampaikan. Pendekatan santai dan mesra yang digunakan dalam aktiviti tersebut berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dekat dengan kehidupan seharian mereka.

Pada sebelah petang sebelum waktu iftar, para sukarelawan turut melaksanakan agihan Pek Ceria Raya dan makanan berbuka puasa kepada keluarga-keluarga masyarakat Orang Asli yang telah dikenal pasti. Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban serta menyemarakkan lagi kegembiraan menyambut bulan Ramadan dalam kalangan komuniti setempat.

Program ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama masyarakat kampung, yang menjadi medan penting untuk mengeratkan hubungan antara para sukarelawan dan penduduk setempat. Suasana kebersamaan yang terjalin sepanjang program mencerminkan semangat ukhuwah, kepedulian sosial serta nilai kemanusiaan yang menjadi teras kepada usaha dakwah dan khidmat masyarakat.

WADAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Taqwa, para sukarelawan, pelajar latihan industri serta masyarakat Kampung Orang Asli Sungai Gabai atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha seperti ini dapat terus diperkasakan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh hubungan masyarakat serta menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam komuniti.

orang asli
Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
518
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
933002
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini