WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

Kongsikan artikel ini :
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

KENYATAAN MEDIA
19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor

WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini merupakan langkah penting dan berani dalam memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang berteraskan nilai saling menghormati dan kefahaman bersama.

WADAH berpandangan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama perlu terus mengangkat prinsip “kepelbagaian dalam bingkai kesatuan”, iaitu mengiktiraf perbezaan sebagai kekuatan yang memperkayakan kehidupan bersama, bukan sebagai sumber perpecahan. Dalam konteks ini, konsep peaceful coexistence atau kehidupan bersama secara damai mesti dijadikan asas dalam membina masa depan negara yang stabil dan sejahtera.

Sejajar dengan pemikiran almarhum Prof. Dr. Siddiq Fadzil, WADAH menegaskan kepentingan membudayakan “budaya damai”, iaitu pendekatan yang menolak konflik, mengutamakan hikmah, serta mengangkat nilai dialog, keadilan dan ihsan dalam mengurus kepelbagaian. Budaya damai ini harus diterjemahkan dalam tindakan nyata melalui pertemuan, perbincangan, dan kerjasama antara komuniti secara berterusan.

WADAH turut menekankan bahawa semangat dialog tidak boleh bersifat bermusim atau reaktif semata-mata, tetapi perlu dijadikan sebagai amalan berterusan dalam kehidupan bermasyarakat. Dialog yang jujur, terbuka dan beradab adalah kunci untuk membina kepercayaan serta mengelakkan salah faham yang boleh mencetuskan ketegangan.

Dalam hal ini, WADAH komited untuk memainkan peranan aktif melalui jaringan sedia ada, termasuk kerjasama dengan gabungan pertubuhan seperti HIKAM, bagi memperkukuh usaha membina jambatan persefahaman antara agama dan kaum. 

Pendekatan kolaboratif ini penting untuk memastikan usaha perpaduan tidak bersifat terasing, tetapi digerakkan secara menyeluruh merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

WADAH berpandangan bahawa usaha memperkukuh keharmonian antara agama ini perlu dijadikan sebagai matlamat jangka panjang negara, bukan sekadar respons kepada krisis semasa. Ia menuntut komitmen berterusan semua pihak untuk membina budaya saling memahami, mendidik masyarakat tentang kepelbagaian, serta memupuk kesedaran bahawa keamanan sosial adalah asas kepada kestabilan negara.  

Pada masa yang sama, WADAH dengan tegas menolak sebarang bentuk sikap fanatik, ghuluw (melampau) dan aliran keras yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat serta mencetuskan kebencian antara komuniti. Pendekatan ekstrem sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan nilai agama, malah mengancam kestabilan sosial dan masa depan negara.

WADAH menyeru semua pihak – termasuk pemimpin masyarakat, institusi agama, NGO, media dan rakyat keseluruhannya – untuk terus menyokong dan memperluaskan ruang dialog, memperkukuh kefahaman antara budaya, serta bersama-sama membina Malaysia yang berteraskan keamanan, keadilan dan perpaduan dalam kepelbagaian.

“Kepelbagaian adalah anugerah, dan kesatuan adalah tanggungjawab bersama.” 
 

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

AZIZUDDIN AHMAD 
SETIAUSAHA AGUNG WADAH 
(016-3383249)  

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4028
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930706
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini