Ustaz Hasri Harun Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)

Kongsikan artikel ini :

KAJANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Presiden WADAH, Ustaz Hasri bin Harun, atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP).

Pelantikan rasmi ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat MAIWP Khas Bil. 3/2026 yang bersidang pada 1 April 2026. Watikah pelantikan tersebut telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 April 2026.

Tempoh pelantikan ini berkuat kuasa bagi jangka masa tiga (3) tahun, bermula pada 21 April 2026 sehingga 20 April 2029.

Amanah besar ini merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan WADAH dalam menyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan Islam di Malaysia. Peranan beliau di KPMAIWP dijangka akan memperkukuh usaha melahirkan barisan profesional Muslim yang berwibawa, sekaligus menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi umat Islam secara menyeluruh.

Seluruh warga WADAH mendoakan agar Ustaz Hasri bin Harun diberikan kekuatan dan taufik oleh Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kecemerlangan ummah.

Uncategorized
kunjungan hormat

WADAH Terima Kunjungan Hormat Bupati Sambas: Perkasa Jalinan Serantau Bersama Aktivis DDII

KAJANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini menerima kunjungan silaturahim daripada delegasi Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, yang diketuai oleh Bupatinya, H. Satono, S.Sos.I, MH. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anjung Rahmat (AR) ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai gerak kerja dakwah serta pembangunan komuniti […]

Baca Lanjut
malaysia madani

MALAYSIA MADANI BUKAN SEKADAR SLOGAN, TETAPI MANIFESTASI NILAI AL-FALAH – DATO’ AHMAD AZAM

KLUANG, 30 April 2026 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI merupakan satu kerangka kenegaraan yang kukuh berteraskan prinsip-prinsip Islam yang progresif dan syumul. Menurut beliau, intipati MADANI adalah satu usaha untuk membina peradaban yang berteraskan nilai “Al-Falah” (kejayaan dunia dan akhirat). Dalam pembentangannya bertajuk […]

Baca Lanjut
Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Johor

SEMINAR KEFAHAMAN MALAYSIA MADANI NEGERI JOHOR GIATKAN NARATIF KENEGARAAN ISLAM

KLUANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini berjaya menganjurkan Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Peringkat Negeri Johor 2026. Program yang berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) ini bertujuan memperincikan falsafah kenegaraan dalam usaha membina negara yang […]

Baca Lanjut
LPPKN LELAKI

WADAH SERTAI MESYUARAT LIBAT URUS LPPKN : PERKUKUH PERANAN LELAKI DALAM RMK-13

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memainkan peranan aktif dalam ruang advokasi nasional dengan menyertai Mesyuarat Libat Urus Pemerkasaan Lelaki yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat ini menghimpunkan wakil daripada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1353
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
457169
Klik Sini