WADAH SERTAI MESYUARAT LIBAT URUS LPPKN : PERKUKUH PERANAN LELAKI DALAM RMK-13

Kongsikan artikel ini :
LPPKN
LELAKI

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memainkan peranan aktif dalam ruang advokasi nasional dengan menyertai Mesyuarat Libat Urus Pemerkasaan Lelaki yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat ini menghimpunkan wakil daripada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan kumpulan pakar bagi membincangkan input strategik untuk memantapkan agenda pemerkasaan lelaki di peringkat kebangsaan. Fokus utama mesyuarat adalah sebagai persediaan cadangan pelaksanaan Kajian Lelaki Budiman Negara yang bakal dirangkumkan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

WADAH diwakili oleh Exco WADAH Selangor, Tuan Farid Wajdi. Kehadiran beliau bersama wakil-wakil daripada agensi jemaah seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), AYG, dan Bapa Penyayang menunjukkan kesatuan NGO Islam dalam memperjuangkan keutuhan institusi kekeluargaan.

Sinergi Kerangka Strategik Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah LPPKN, disusuli dengan taklimat mendalam mengenai kerangka RMK-13 oleh Bahagian Perancangan Strategik LPPKN. Peserta juga diberikan pendedahan mengenai hasil awal Kajian Pembangunan Lelaki Budiman oleh Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN.

Sesi perbincangan dan percambahan idea (brainstorming) yang diadakan menyaksikan penglibatan aktif semua agensi. WADAH melalui wakilnya telah memberikan input mengenai keperluan modul pembangunan lelaki yang seimbang antara tanggungjawab duniawi dan ukhrawi, selaras dengan konsep “Lelaki Budiman”.

Kepentingan Peranan Lelaki Mesyuarat ini mengakui bahawa lelaki merupakan tunjang utama dalam sistem kekeluargaan dan masyarakat. Oleh itu, usaha pemerkasaan ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan jati diri lelaki, tetapi juga untuk memastikan keharmonian domestik dan menangani isu-hal sosial yang berkaitan dengan pengabaian tanggungjawab dalam keluarga.

Program diakhiri dengan rumusan strategik yang akan dibawa ke peringkat kementerian bagi memastikan suara pertubuhan masyarakat sivil (CSO) diambil kira dalam pembentukan dasar negara pada masa hadapan.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
5328
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
932006
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini