WADAH Terima Kunjungan Hormat Bupati Sambas: Perkasa Jalinan Serantau Bersama Aktivis DDII
April 30th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KAJANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini menerima kunjungan silaturahim daripada delegasi Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, yang diketuai oleh Bupatinya, H. Satono, S.Sos.I, MH. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anjung Rahmat (AR) ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai gerak kerja dakwah serta pembangunan komuniti antara dua negara.
H. Satono, selain menjalankan tanggungjawab sebagai Bupati Sambas, juga merupakan seorang aktivis dan Da’i bagi Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII). Kehadiran beliau turut disertai oleh barisan kepimpinan kanan Kabupaten Sambas, termasuk Dr. H. Rahmad Robby (Kepala Badan Keuangan dan Asset Daerah), Deni Andriansah (Wakil Kepala Dinas Perhubungan), dan Piky Tri Anggoro (Kepala Sub Bagian Protokol).
Sesi pertemuan yang bermula pada jam 11.45 pagi itu diisi dengan sesi makan tengah hari ukhuwwah sebelum diteruskan dengan sesi interaksi dan pembentangan rasmi. Dalam sesi tersebut, pihak WADAH telah membentangkan profil dan naratif pencerdasan umat yang dijalankan di Malaysia, manakala Bupati Sambas turut berkongsi mengenai inisiatif pembangunan di wilayah beliau.
Sesi diskusi dua hala yang diadakan membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka potensi kolaborasi strategik, khususnya dalam bidang dakwah dan kebajikan serantau. Pertemuan ini diakhiri dengan upacara pertukaran cenderamata sebagai simbolik persaudaraan antara WADAH dan Kabupaten Sambas, diikuti dengan sesi foto kumpulan bersama pimpinan pusat WADAH.
Kunjungan ini membuktikan peranan WADAH sebagai rakan strategik yang diiktiraf oleh pimpinan komuniti di Nusantara dalam usaha menyatukan pemikiran dan kekuatan umat Islam di peringkat global.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]