SANG PELITA UMAT: HADIAH BUKU MUKNAS 18

Kongsikan artikel ini :

SEBUAH KENANGAN MANIS: SANG PELITA UMAT , SHEIKH YUSUF AL QARADAWI , BUKU HADIAH UNTUK MUKTAMIRIN ke MUKTAMAR NASIONAL KE 18.

Dalam MUKNAS seperti biasa, terdapat gerai -gerai jualan di sekitar dewan. Ianya memberi peluang kepada usahawan kecil WADAH untuk mempamerkan dan menjual barang-barangnya mereka. Ada beberapa kedai yang menjual buku-buku selalunya menjadi tumpuan ahli. Mereka mencari-cari buku untuk menambah ilmu yang telah menjadi budaya dalam gerakan kta .

Saya bertanya, kepada salah satu gerai buku, kononya hendak beli naskah, “Seikh Yusuf AL Qaradawi , Sang Pelita Umat: sebuah Autobiografi, berapa harga? Penjual tiu menjawab; RM 150 encik, . Saya meletak kembali buku ke tempatnya, hasrat tak kesampaian untuk memiliki buku tersebut.Saya terus beredar dan terus ke tempat pendaftaran muktamar , mendaftar sebagai muktamirin dari salah sebuah negeri.

Apabila saya mendaftar dan meliha isi kandungan beg yang cantik kali ini, dan juga berat. Saya bertanya dalam hati “”Apalah buah tangan WADAH pusat beri kali ini? Saya terperanjat serta rasa terharu, gembira kerana mendapat buku yang sama yang cuba  saya beli sebentar tadi.  Alhamdulillah, syukur. Saya tak sangka hadiah buku bernilai tinggi diberi kepada semua muktamirin.  Kalau dijual murah tentu WADAH dapat keuntungan banyak. Tetapi diberi percuma, suatu yang tidak terduga.  Saya rasa bertuah dapat hadir ke muktamar kali ini bukan sahaja dapat bertemu dengan rakan rakan seperjuangan, mendengar perbahasan, mendapat ilmu dari seminar , serta mendapat tausiah dan taujiah tapi mendapat hadiah sebuah buku dari muktamar nasional kalli ini. Dan saya bawa balik kali penuh dengan semangat perjuangan.

Saya mengambil peluang mendapat tandatangan tokoh -tokoh gerakan kita , bagi membolehkan anak cucu saya dapat menikmatinya sebagai kenangan bahwa  ibu bapa mereka  pernah berada dalam perjuangan bersam-sama tokoh yang dikenali dalam dan luar negara.

Saya rasa ramai muktamirin tidak menyedari hadiah buku yang penuh bermakna ini. Ini adalah kali pertama usaha WADAH Pusat memberi hadiah keapda muktamirin . Saya berharap seminar pemikiran Dr Yusuf AL Qaradawi yang telah dirancang dapat diteruskan oleh negeri dan daerah bagi memahami pemikian tokoh yang dekat dengan gerakan kita ini.

Mungkin kita akan dapat ulasan buku ini dari tokoh kita , INSHA ALLAH. Semoga semua muktamirin teruskan perjuangan. Kita akan bertemu lagi dalam siri-siri muktamar , selagi nyawa dikandung badan.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM
kunjungan hormat

WADAH Terima Kunjungan Hormat Bupati Sambas: Perkasa Jalinan Serantau Bersama Aktivis DDII

KAJANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini menerima kunjungan silaturahim daripada delegasi Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, yang diketuai oleh Bupatinya, H. Satono, S.Sos.I, MH. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anjung Rahmat (AR) ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai gerak kerja dakwah serta pembangunan komuniti […]

Baca Lanjut
malaysia madani

MALAYSIA MADANI BUKAN SEKADAR SLOGAN, TETAPI MANIFESTASI NILAI AL-FALAH – DATO’ AHMAD AZAM

KLUANG, 30 April 2026 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI merupakan satu kerangka kenegaraan yang kukuh berteraskan prinsip-prinsip Islam yang progresif dan syumul. Menurut beliau, intipati MADANI adalah satu usaha untuk membina peradaban yang berteraskan nilai “Al-Falah” (kejayaan dunia dan akhirat). Dalam pembentangannya bertajuk […]

Baca Lanjut
Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Johor

SEMINAR KEFAHAMAN MALAYSIA MADANI NEGERI JOHOR GIATKAN NARATIF KENEGARAAN ISLAM

KLUANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini berjaya menganjurkan Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Peringkat Negeri Johor 2026. Program yang berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) ini bertujuan memperincikan falsafah kenegaraan dalam usaha membina negara yang […]

Baca Lanjut
LPPKN LELAKI

WADAH SERTAI MESYUARAT LIBAT URUS LPPKN : PERKUKUH PERANAN LELAKI DALAM RMK-13

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memainkan peranan aktif dalam ruang advokasi nasional dengan menyertai Mesyuarat Libat Urus Pemerkasaan Lelaki yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat ini menghimpunkan wakil daripada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1386
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
467875
Klik Sini