NADWAH PELAJAR ISLAM: SERUAN KESATUAN UMAT

Kongsikan artikel ini :

Seruan Presiden WADAH Mengembalikan Kesatuan Umat Di Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Serantau 2025

Puchong, 18 Mac 2025 – “Kita adalah satu umat. Kita harus melangkaui sempadan negara bangsa yang dicipta penjajah dan kembali kepada kesatuan Islam,” tegas Dato’ Ahmad Azam bin Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dalam ucaptama beliau di Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Serantau 2025 bertempat di Masjid Darussalam, Puchong Selangor.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu, beliau menegaskan bahawa umat Islam di seluruh dunia kini berada dalam keadaan lemah akibat perpecahan yang disengajakan oleh kuasa penjajah. Merujuk kepada Surah Ar-Rum, beliau mengingatkan bahawa sejarah telah menunjukkan kebangkitan dan kejatuhan kuasa besar, dan umat Islam hanya akan kembali bangkit jika memahami geopolitik dunia.

“Umat Islam sudah 100 tahun dijajah sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada 1924. Konsep negara bangsa adalah ciptaan penjajah untuk memecahbelahkan kita,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa sebelum penjajahan, umat Islam di Malaysia, Indonesia, Kemboja, dan Patani tidak pernah mengenal batasan sempadan. Namun, selepas kedatangan penjajah, pemisahan secara paksa dilakukan sehingga masyarakat Islam mula bertelagah sesama sendiri atas alasan nasionalisme.

Mengambil contoh komuniti Rohingya, beliau menyeru agar mereka dilayan sebagai saudara seagama, bukan sebagai pelarian. “Mereka tidak memilih untuk menjadi stateless. Itu bukan pilihan mereka, tetapi ujian buat kita untuk membantu,” ujarnya.

Nadwah Melawan Strategi Utama Penjajah

Beliau juga menekankan bahawa penjajahan bukan sekadar fizikal tetapi juga minda, dengan tiga strategi utama yang digunakan oleh penjajah untuk melemahkan umat Islam:

Kejahilan yang dirancang – Generasi muda dijauhkan daripada Al-Quran dan sejarah Islam. Tulisan Jawi ditukar kepada Latin, menyebabkan generasi kini buta sejarah sendiri.

Kemiskinan yang disengajakan – Hasil bumi negara Islam dieksploitasi oleh kuasa asing, meninggalkan umat Islam dalam keadaan miskin.

Perpecahan – Kejahilan dan kemiskinan menyebabkan umat Islam mudah dipecahbelahkan, menjadikan mereka lemah dan bergantung kepada Barat.

Menurutnya, konsep jihad juga telah dimanipulasi oleh musuh Islam melalui pembentukan kumpulan radikal seperti ISIS dan Al-Qaeda, yang dicipta untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam. “Jihad sebenar bukan sekadar peperangan, tetapi perjuangan dalam bidang ekonomi, sosial, dan ilmu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa umat Islam harus bersedia menghadapi perubahan global, terutama dengan kebangkitan sentimen anti-Zionisme di Barat, serta kejayaan jihad yang dicapai oleh Afghanistan, Burkina Faso, dan Hamas di Palestin.

Sebagai kesimpulan, beliau menyeru para peserta nadwah untuk memecahkan tembok perbezaan dan kembali kepada identiti umat Islam yang bersatu di bawah kalimah Lailahaillallah.

“Kita adalah satu umat! Bizbir ummatiz! We are one ummah! Wahdah Islamiah!” laungnya, yang disambut dengan semangat oleh para peserta.

Dari Ucaptama ke Gerakan Nyata

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Serantau 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di Masjid Darussalam, Puchong, menghimpunkan lebih 160 peserta dari pelbagai institusi pendidikan serantau. Program anjuran Takmir Pendidikan ABIM, dengan kerjasama WADAH Pencerdasan Umat Malaysia dan Masjid Darussalam Puchong, bertujuan membentuk generasi pemimpin Islam yang berwawasan global.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Hj. Mohd Musleh bin Yunos, Ketua Pengarah Takmir Pendidikan ABIM, yang menegaskan bahawa Nadwah ini adalah satu platform penting dalam membina perpaduan dan kesatuan umat Islam serantau. Beliau mengalu-alukan kehadiran peserta dari Indonesia, Kemboja, Syria, Turki, Myanmar, serta pelajar dari beberapa sekolah di bawah Takmir Pendidikan ABIM. Beliau berharap bahawa program ini akan memperkukuh jalinan ukhuwah dan solidariti, khususnya dalam menghadapi cabaran global yang melanda umat Islam.

Seterusnya, ucaptama oleh Dato’ Ahmad Azam bin Abd Rahman, Presiden WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, bertajuk “Memacu Kebangkitan Islam Serantau”, menjadi teras utama program ini. Majlis seterusnya dirasmikan oleh YB Senator Dr. Abd. Razak bin Idris, Setiausaha Politik Menteri Agama, yang membawa perbincangan mengenai konsep Nahdah Islamiah. Beliau menekankan bahawa Nuzul al-Quran merupakan titik lahir umat Islam dan menjelaskan bagaimana wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira telah mengubah struktur sosial masyarakat Arab Jahiliah kepada satu tamadun yang berasaskan tauhid dan keadilan sosial.

Beliau turut menyeru para peserta untuk mengenali pemikiran Malek Bennabi, seorang pemikir Islam yang menekankan bahawa kelemahan umat Islam bukan berpunca daripada keimanan, tetapi daripada kegagalan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Oleh itu, generasi muda Islam perlu membaca, memahami, dan mengaplikasikan konsep-konsep Nahdah Islamiah dalam kehidupan mereka.

Pemimpin Pelajar Berwawasan Global

Sebagai acara kemuncak, sesi Bicara Presiden ABIM, disampaikan oleh Ahmad Fahmi bin Mohamad Shamsuddin, mengetengahkan peranan aktivisme dalam kalangan pemimpin pelajar. Beliau menekankan bahawa pemimpin hari ini perlu mempunyai wawasan global dan tidak hanya berfikir dalam konteks peribadi tetapi melihat keperluan umat secara keseluruhan. Beliau turut menyeru agar pelajar tidak hanya aktif dalam akademik, tetapi juga terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

“Kita bukan sekadar aktivis di peringkat tempatan, tetapi juga sebahagian daripada gerakan global. Peranan kita bukan hanya dalam negara, tetapi melangkaui sempadan untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia,” tegas beliau.

Beliau turut menyentuh isu-isu kritikal seperti kemiskinan, pendidikan, kebajikan sosial, dan konflik global yang perlu diberi perhatian oleh generasi muda. Melalui aktivisme, para peserta diajak untuk terlibat secara langsung dalam inisiatif kemasyarakatan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Sesi Interaksi Pelajar & PKPIM pula menjadi platform perbincangan dan perkongsian pengalaman antara pemimpin muda dari Indonesia, Kemboja, Syria, dan komuniti Rohingya, sebelum program diakhiri dengan pembentangan pelan bertindak oleh Hj. Zulkafli bin Daud.

Sebagai penutup, tayangan video bertajuk “Misi Keamanan Sejagat: Solidariti Palestin & Survival Umat Islam Nusantara” memberi gambaran yang lebih luas tentang perjuangan umat Islam di peringkat global.

Nadwah ini bukan sekadar forum perbincangan, tetapi satu langkah penting dalam melahirkan generasi pemimpin Islam serantau yang memahami peranan mereka dalam kebangkitan umat.

Rakaman penuh perjalanan masjlid boleh ditonton di paparan tertera bagi sesi pagi dan sesi petang.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Wacana “Leadership Through Mercy, Not Power” Himpunkan Sheikh Yasir Qadhi & Sheikh Sa’eed Al-Kamali di WTC Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 – Nilai rahmah sebagai teras kepimpinan Islam menjadi fokus utama dalam program “Leadership Through Mercy, Not Power” yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur malam ini. Program ini menampilkan dua tokoh ulama dunia, Sheikh Yasir Qadhi dan Sheikh Sa’eed Al-Kamali, dengan Ustaz Muhammad Ameen sebagai moderator. Dalam […]

Baca Lanjut

WADAH ANJUR PERSIDANGAN MEJA BULAT HASIL PENYELIDIKAN DAN PERKONGSIAN PROJEK KEMASYARAKATAN BERSAMA NGO

Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi ini dimulakan dengan […]

Baca Lanjut

KDH Lancar Skim Infaq Makanan Tambahan Bantu Siswa Siswi Kurang Berkemampuan

SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian. Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut

SALAM TAKZIAH

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.” Dengan penuh dukacita, WADAH merakamkan ucapan takziah atas pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam, seorang tokoh ilmuwan, sarjana dan intelektual negara yang amat dihormati, serta merupakan pengasas dan ahli Profesor Melayu G70. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademia dan pemikiran intelektual tanah […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1097
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
145434
Klik Sini