Agihan Salam Bubur Lambuk Ramadhan 2025 di Bandar Baru Bangi Berjalan Lancar
BANDAR BARU BANGI, 6 Mac 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH dan Pusat Tunas Nahdah Sepang telah menganjurkan program agihan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan, yang berlangsung dengan jayanya di sekitar Anjung Rahmat dan Bandar Baru Bangi. Sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada pelbagai penerima sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan tahunan WADAH.
Program ini, yang dinamakan “Salam Bubur Lambuk,” diadakan setiap Khamis pada minggu pertama, kedua, dan ketiga Ramadhan. Proses penyediaan bubur lambuk bermula pada jam 9:00 pagi dengan bantuan seramai 13 orang petugas sekretariat WADAH, yang berganding bahu bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Antara lokasi agihan utama tahun ini termasuk Rumah Anak Yatim Rukaiyah, Angkatan Pertahanan Awam, serta beberapa agensi WAP dan Rakan Sinergi WADAH di sekitar Bangi. Selain itu, bubur lambuk turut diagihkan kepada orang awam di lokasi-lokasi strategik seperti stesen minyak, hospital, serta kepada penghantar makanan, dalam usaha menyemarakkan semangat Ramadhan dan membantu mereka yang memerlukan.
Program ini mendapat tajaan penuh daripada WADAH dan Pusat Infaq WADAH, sebagai tanda komitmen dalam memperkukuh budaya kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Agihan bubur lambuk ini bukan sekadar menyantuni golongan yang memerlukan, tetapi juga membawa hikmah dalam menyebarkan semangat bersedekah seperti yang dianjurkan dalam Islam.
Hikmah Agihan Bubur Lambuk
Agihan bubur lambuk merupakan salah satu program dakwah dan kesedaran sosial yang dapat meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa, dan negara. Ia juga berperanan dalam mempromosi kewujudan WADAH sebagai medan memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan, dan daya fikir mereka, terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi mereka dalam masyarakat.
Aktiviti ini telah dimulakan sejak tahun 2022 sehingga kini dengan sokongan daripada orang awam, para sukarelawan, dan penyumbang yang sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan kelangsungan program ini demi manfaat bersama.
Sejajar dengan sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Justeru, WADAH berharap program ini dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi memanfaatkan lebih ramai penerima dan mengukuhkan solidariti masyarakat sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]