MALAYSIA BUKAN PUSAT OPERASI HAMAS

Kongsikan artikel ini :

HIKAM TOLAK TUDUHAN MALAYSIA SEBAGAI PUSAT OPERASI HAMAS

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dengan penuh tanggungjawab menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Jonathan Schanzer bahawa Malaysia kononnya menjadi pusat operasi Hamas.

Tuduhan ini tidak berasas, berniat jahat dan jelas merupakan sebahagian daripada naratif propaganda Zionis yang ingin melemahkan solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin.

HIKAM menyatakan sokongan penuh kepada pendirian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang konsisten:

  • Mengecam kekejaman Israel yang terus menindas Gaza dan merampas Tebing Barat.
  • Menggesa tindakan konkrit antarabangsa termasuk memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis.

HIKAM menegaskan, pendirian ini bukan soal parti atau politik domestik, tetapi soal kemanusiaan dan prinsip Islam sejagat.

Seruan HIKAM

Kepada rakyat Malaysia, HIKAM menyeru:

  • Teruskan solidariti rakyat melalui doa, sumbangan, kempen kesedaran dan program advokasi yang berterusan.
  • Elakkan sikap kebencian melampau terhadap bangsa atau agama lain. Islam mengajar kita menentang kezaliman, bukan menzalimi.
  • Amalkan rahmah dalam perjuangan, iaitu kasih sayang kepada manusia, ketegasan terhadap kezaliman dan keadilan kepada semua pihak.

Firman Allah SWT:
“Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah antara lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu, dan berilah kami penolong dari sisi-Mu.’” (Surah al-Nisa’, 4:75)

Rasulullah SAW ketika di Madinah menandatangani Piagam Madinah yang melindungi hak semua kelompok Muslim, Yahudi dan lain-lain. Baginda menentang kezaliman, tetapi tetap mengiktiraf hak kemanusiaan semua.

Hal ini membuktikan bahawa sokongan Malaysia kepada Palestin adalah berasaskan prinsip rahmah, keadilan dan penentangan terhadap kezaliman, bukan kebencian membuta tuli.

Seruan Kedua

HIKAM menegaskan sekali lagi:

  • Malaysia bukan pusat operasi Hamas, tetapi pusat solidariti kemanusiaan.
  • Tuduhan tersebut hanyalah usaha melemahkan suara lantang Malaysia menentang kezaliman Israel.
  • Kami menyeru semua pihak agar terus bersatu, menjaga akhlak dan memperkukuh usaha membela Palestin dengan hikmah dan istiqamah.

“Teguh bersama Palestin, Rahmah untuk Sejagat.”

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
317
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378614
Klik Sini