Hari Malaysia: Peranan Keluarga, Sekolah dan Pemimpin Dalam Memelihara Keamanan
Kuala Lumpur, 16 September 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri Harun menegaskan bahawa keamanan merupakan nikmat besar Allah SWT yang tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya mesti dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh setiap rakyat Malaysia. Beliau menyampaikan pengisian tersebut ketika menjadi panel jemputan dalam slot Assalamualaikum di TV AlHijrah sempena sambutan Hari Malaysia 2025 dengan tajuk “Keamanan: Ujian Minda dan Jiwa”.
Istilah keamanan dalam Islam merujuk kepada kedamaian, ketenangan, dan kesejahteraan yang menjadi asas bagi manusia melaksanakan ibadah serta tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. “Tanpa keamanan, bagaimana kita mahu menunaikan amanah kepada Allah? Bagaimana kita mahu membantu orang lain? Keamanan inilah yang membolehkan kita menghulurkan bantuan kepada Gaza, Syria dan negara-negara lain,” ujarnya.
keamanan fizikal sahaja tidak mencukupi, kerana masyarakat juga perlu membina keamanan minda dan jiwa. “Kita mungkin aman dari segi fizikal, tetapi masih ada kelompok yang dijajah pemikiran negatif, masih mundur dan tidak merdeka jiwanya. Ini bahaya kerana akhirnya menjejaskan perpaduan dan masa depan negara,” tegasnya.
Keamanan Sebagai Ujian Allah
Nikmat keamanan juga adalah bentuk ujian daripada Allah SWT. Jika rakyat lalai dan tidak menggunakannya dengan sebaiknya, Allah boleh menarik balik nikmat tersebut. Beliau memberi peringatan dengan mengambil contoh negara-negara bergolak yang hilang kestabilan kerana gagal menjaga keamanan.
Malaysia amat dihormati di pentas dunia kerana masih mampu mengekalkan keamanan, malah dikenali sebagai negara yang prihatin terhadap isu-isu umat Islam global. Nama Malaysia disebut dengan penuh rasa hormat, sama ada di Gaza atau ketika kita menunaikan haji dan umrah.
Solidariti Dengan Palestin dan Misi Flotila
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang memandang sinis usaha sukarelawan Malaysia yang menyertai misi flotila kemanusiaan ke Gaza. Ada yang memperlekehkan mereka, bahkan meninggalkan komen-komen negatif di media sosial.
“Ini menunjukkan masih ada masyarakat kita yang belum merdeka jiwanya. Mereka tidak nampak nilai pengorbanan walaupun kecil, seperti menghantar makanan kepada saudara di Palestin. Hakikatnya, ia pengorbanan besar di sisi Allah, kerana mereka sanggup mempertaruhkan nyawa,”.
Beliau menyeru rakyat agar menghormati dan menghargai pengorbanan para sukarelawan. “Kebebasan dan keamanan sebenar lahir daripada jiwa yang merdeka. Jiwa yang bebas inilah yang sanggup berhadapan dengan ujian,”.
Cabaran Keamanan: Pemikiran, Anasir Negatif dan Akhlak
Ustaz Hasri menggariskan tiga cabaran utama dalam mempertahankan keamanan negara:
Pemikiran negatif – Masyarakat mudah terpengaruh dengan idea-idea liberal atau pandangan yang tidak membina, sehingga gagal menghargai usaha kecil yang ikhlas.
Anasir perosak – Lawan kepada keamanan ialah kerosakan, sama ada dalam bentuk maklumat palsu, kebencian, atau ketidakpuasan hati yang dimanipulasi.
Keruntuhan akhlak – Akhlak dan jati diri menjadi asas kepada keamanan. Generasi muda mesti diperkukuh dengan nilai murni, bukan hanya mengejar kemajuan teknologi.
“Seperti sebuah kapal, jika ada yang menebuk lubang kecil, ia boleh menenggelamkan semua penumpang. Begitu juga dengan negara, kerosakan kecil jika tidak ditangani akan meruntuhkan seluruh masyarakat,”.
Peranan Keluarga, Sekolah dan Kepimpinan
Beliau turut menekankan bahawa keamanan mesti dijaga oleh semua pihak. Pendidikan keluarga adalah asas, manakala sekolah berperanan sebagai penguat kefahaman dan akhlak generasi muda. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga model teladan bagi pelajar.
“Pemimpin pula mesti menunjukkan contoh yang baik. Apabila rakyat melihat kepimpinan yang berintegriti, mereka akan lebih bersemangat mempertahankan keamanan,”.
Malaysia Madani dan Masa Depan
Sebagai penutup, Malaysia Madani yang ditekankan kerajaan mesti dibina atas keseimbangan antara kemajuan teknologi dengan kekuatan akhlak. “Kalau hanya maju dari sudut teknologi dan ekonomi tetapi akhlak runtuh, maka masyarakat akan ketinggalan. Keamanan hanya kekal jika kedua-duanya berjalan seiring,”.
Semoga Malaysia terus kekal aman, bersatu padu, dan memainkan peranan penting di pentas antarabangsa dalam membela umat tertindas. “Keamanan yang kita nikmati hari ini mesti disyukuri dan dipertahankan, bukan sahaja untuk generasi kini tetapi juga untuk masa depan anak-anak kita,” katanya mengakhiri perkongsian.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]