MUKNAS19 TEKANKAN PERANAN ISLAH DAN ILMU

Kongsikan artikel ini :

YBTM Dr. Zulkifli Hasan: Peranan WADAH Sebagai Obor Pencerahan Dan Kuasa Nilai Negara

Seberang Jaya, 29 November 2025 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBTM Dr. Zulkifli Hasan hari ini hadir di Dewan Wisma, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi merasmikan Muktamar Nasional WADAH Pencerdasan Umat Kali Ke-19 (MUKNAS19). Beliau menyeru agar WADAH terus mengukuhkan identiti sebagai gerakan islah yang membawa obor pencerahan kepada masyarakat, seiring tradisi ilmu yang telah sekian lama diasaskan oleh generasi terdahulu.

Berucap pada Majlis Perasmian MUKNAS19, beliau menegaskan bahawa dunia hari ini tidak hanya bergelut dengan pertembungan tamadun, budaya atau nilai, tetapi juga krisis yang lahir daripada pertembungan ego dan kepentingan. Dalam era pasca-normal dan pasca-kebenaran, katanya, umat berdepan fenomena manufactured ignorance iaitu kejahilan yang disengajakan, sikap enggan belajar dan ketaksuban yang akhirnya membentuk struktur kuasa baharu.

Dr. Zulkifli memetik pandangan sarjana Asef Bayat dalam karya “Revolution Without Revolutionaries”, yang menekankan bahawa revolusi atau kebangkitan moden sering gagal kerana ketiadaan revolutionary ideas yang memandu perubahan. Katanya, kegagalan Arab Spring ialah contoh nyata bagaimana menumbangkan diktator tidak memadai tanpa gagasan pemikiran yang tersusun.

Beliau menambah bahawa dunia Islam hari ini berdepan tekanan besar termasuk ketidakstabilan politik, budaya rasuah, dan krisis kemanusiaan global. UNHCR merekodkan lebih 120 juta pelarian di seluruh dunia, dan majoritinya datang dari negara-negara Islam, menunjukkan tanda jelas bahawa kepimpinan umat dan sistem sokongan masih berada dalam keadaan rapuh.

Dalam konteks Malaysia, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa negara mungkin bukan kuasa besar dari segi geopolitik, namun Malaysia mempunyai potensi besar sebagai kuasa nilai dan kuasa moral yang mengangkat prinsip kemanusiaan, keadilan dan kesederhanaan, termasuk dalam isu Palestin serta kerangka diplomasi ASEAN. Beliau menyatakan bahawa WADAH harus berperanan sebagai rakan nilai dan rakan kepimpinan dalam usaha ini.

Menurut beliau, gerakan Islam juga perlu menanggapi ancaman pemikiran ghuluw yang semakin menular dalam masyarakat. Tiga “Ta” yakni Tabdi’, Tafsiq, Takfir, iaitu membidaah, memfasik dan mengkafirkan mesti ditangani dengan pendekatan fiqh wasatiyyah dan fiqh keamanan yang memadamkan api perbalahan serta mengukuhkan kesatuan sosial.

Peranan Obor Mencerahkan Umat

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan keperluan memperkukuh ekosistem kaderisasi dan jaringan pemikiran yang teguh  agar umat mampu menghadapi cabaran digital, geopolitik dan persekitaran sosial yang semakin kompleks.

Di hujung ucapan, Dr. Zulkifli merakamkan ucapan tahniah terhadap tema MUKNAS19 yang dianggap sangat tepat pada waktunya dan menyatakan bahawa Permatang Pauh menjadi simbol kepada usaha untuk kembali kepada akar perjuangan islah dan pencerahan. Dr. Zulkifli mengakhiri ucapan dengan memetik dua perenggan daripada Deklarasi Permatang Pauh,

“Gerakan reformasi yang terpancar dari perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah”


Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Institusi Raja dan Keluhuran Perlembagaan Asas Kestabilan Negara

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]

Baca Lanjut
dr khalijah

Memugar Legasi Serikandi Muslimah: Puan Hjh. Adibah Ahmad Singkap Dedikasi, Fikrah dan Jiwa Wakaf Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh di Dar al-Hikmah

SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1045
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
922739
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini