TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENGURUS BAHARU DEWAN DA’WAH ISLAMIYAH INDONESIA PERIODE 2025–2030
October 14th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada H. Fathurrahman Mahfudz, BIRIK., MM., atas pelantikan sebagai Ketua Umum, Dr. H. Dwi Budiman Assiroji, M.Pd.I sebagai Sekretaris Umum, dan Dr. H. Ade Salamun, M.Si sebagai Bendahara Umum Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bagi periode 2025–2030.
Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dalam meneruskan perjuangan dakwah, memperkukuh institusi Islam serta memperkasa pembangunan ummah. WADAH berharap agar kepimpinan baharu ini dapat terus membawa aspirasi dakwah yang berteraskan ilmu, hikmah dan ukhuwah Islamiyah, di samping memperluas kerjasama strategik antara gerakan Islam di peringkat serantau demi kesejahteraan ummah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada seluruh kepimpinan dalam menggalas amanah ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan dipermudah dan membuahkan manfaat yang besar kepada agama, masyarakat dan ummah sejagat.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]