MESYUARAT PEMBANGUNAN SEMULA GAZA

Kongsikan artikel ini :

MESYUARAT KHAS UNTUK PEMBANGUNAN SEMULA GAZA PASCA GENCATAN SENJATA

Kuala Lumpur, 19 Januari 2025 – Susulan pengumuman gencatan senjata antara Hamas dan Israel pada 15 Januari 2025 yang lalu, Encik Khairudin Bin Abas, yang mewakili Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), telah hadir ke mesyuarat khas bertempat di Pejabat Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Mesyuarat ini merupakan usaha penting untuk membincangkan langkah-langkah pembinaan semula Gaza yang telah terjejas teruk akibat konflik bersenjata.

Gencatan senjata yang diumumkan adalah hasil rundingan intensif melibatkan pihak antarabangsa, bertujuan menghentikan pertempuran yang berlarutan selama 460 hari. Konflik ini telah menyebabkan kemusnahan besar terhadap infrastruktur di Gaza, termasuk rumah kediaman, hospital, sekolah, dan bekalan asas seperti air dan elektrik. Lebih dari 15,000 nyawa dilaporkan terkorban, manakala ribuan lagi cedera dan kehilangan tempat tinggal. Gencatan senjata ini memberikan peluang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan memulakan proses pemulihan yang amat dinantikan.

Antara fakta penting ketika gencatan senjatan ini ialah sehingga 600 trak membawa bantuan kemanusiaan dijangka mendapat akses ke Gaza setiap hari. Selain itu, rakyat Palestin yang cedera akan dipindahkan ke luar Gaza untuk menerima rawatan perubatan, sementara lintasan Rafah dengan Mesir dijadualkan dibuka dalam tempoh tujuh hari selepas fasa pertama dilaksanakan.

Pasukan tentera Israel pula akan mengurangkan kehadiran mereka di kawasan Koridor Philadelphi, iaitu sempadan antara Mesir dan Gaza. Penarikan sepenuhnya dijangka selesai selewat-lewatnya pada hari ke-50 selepas perjanjian dikuatkuasakan.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 2, Tingkat 1, Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia pada Ahad, 19 Januari 2025, dari jam 8 malam hingga 10 malam, bertujuan menyelaraskan usaha pelbagai pihak dalam menyumbang kepada pembangunan semula Gaza. Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Badlishah Sham Bin Baharin, menegaskan bahawa mesyuarat ini juga bertujuan merangka projek berimpak tinggi yang mampu memulihkan kehidupan rakyat Gaza dengan lebih cepat dan menyeluruh.

Antara agenda utama adalah mengenal pasti keperluan mendesak, seperti pembinaan semula infrastruktur asas, pemulihan ekonomi, dan pemulihan psikososial untuk golongan yang terjejas. Wakil dari pelbagai badan bukan kerajaan yang aktif dalam isu Palestin juga turut dijemput untuk memberi pandangan serta saranan bagi memastikan usaha ini dilakukan secara kolektif dan berkesan.

Mesyuarat ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Pertubuhan IKRAM Malaysia, tetapi juga WADAH Malaysia, dalam mendukung misi kemanusiaan. Platform ini dilihat penting dalam menyatukan idea dan strategi untuk merealisasikan pembinaan semula Gaza yang mampan.

Berita Wadah - BM|Berita Wadah

BELASUNGKAWA: WADAH Berdukacita Atas Pemergian Tokoh Akademik dan Sastera, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid

BELASUNGKAWA إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 88 tahun. Beliau merupakan mantan Pengerusi Kumpulan Prihatin dan Pengerusi Yayasan Penataan Ilmu. Pemergian Allahyarham merupakan […]

Baca Lanjut
reformasi

Membangun Negara Beradab: Reformasi Mesti Berpaksi Pada Kesabaran, Nilai dan Etika

Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika. Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya […]

Baca Lanjut
johor

Pemukiman Nahdah Johor: Hubungkan ‘Tiga Serangkai Krisis’ Moden dengan Ibrah Sirah Nabawiyyah

DESARU, 20 Jun 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan sinergi utuh bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah menganjurkan program kemuncak tahunan, Pemukiman Nahdah Johor. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar semalam telah berjaya mengumpulkan saf pimpinan, […]

Baca Lanjut
Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni

Diskusi Madani Bersama Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni: Mantapkan Integriti Ilmu, Maqasid Syariah dan Peranan Islah Gerakan Islam

PUTRAJAYA, 18 Jun 2026 – Satu wacana keilmuan antarabangsa berimpak tinggi bertajuk Diskusi Madani: Dialogue on Contemporary Political Islam and Current Challenges in The Muslim World telah berlangsung dengan jayanya semalam. Program hibrid yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya serta dipancarkan secara langsung melalui aplikasi Microsoft Teams ini telah menghimpunkan ratusan wakil pertubuhan bukan kerajaan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1168
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
572717
Klik Sini