ZOPFAN KOMPAS STRATEGIK ASEAN 2026: MEMBINA MASA DEPAN SERANTAU BERSAMA

Kongsikan artikel ini :
asean 2026 zopfan

KENYATAAN MEDIA 8 MEI 2026
PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)

ZOPFAN Kompas Strategik ASEAN 2026: Membina Masa Depan Serantau Bersama

Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menegaskan bahawa Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bukan sekadar warisan diplomasi ASEAN era Perang Dingin, sebaliknya merupakan keperluan strategik yang semakin mendesak dalam menghadapi cabaran geopolitik dan geo-ekonomi serantau yang kian kompleks.

Dalam suasana Asia Tenggara berdepan persaingan kuasa besar, ketegangan maritim, tekanan ekonomi global serta cabaran keselamatan baharu, ASEAN memerlukan kompas bersama yang dapat mempertahankan keamanan, kebebasan membuat keputusan dan neutraliti strategik rantau ini.

Sehubungan itu, WADAH berpandangan bahawa ZOPFAN wajar diangkat semula sebagai agenda utama ASEAN 2026, khususnya dalam kerangka tiga tonggak penting iaitu Peace and Security Anchors, Prosperity Corridors dan People Empowerment.

Pertama, ZOPFAN berperanan sebagai perisai diplomatik ASEAN bagi memastikan sebarang pertikaian diselesaikan secara aman, beradab dan berasaskan rundingan. Ia penting bagi mengelakkan rantau ini daripada menjadi medan persaingan kuasa luar.

Kedua, ZOPFAN menjamin koridor kemakmuran serantau agar tidak tergugat oleh ketegangan geopolitik. Rantau yang stabil, neutral dan bebas daripada tekanan blok kuasa besar akan meningkatkan keyakinan pelabur, memperkukuh perdagangan serta memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat.

Ketiga, ZOPFAN memperkukuh autonomi strategik ASEAN, iaitu keupayaan negara anggota menentukan hala tuju sendiri tanpa dipaksa memilih paksi kuasa tertentu. Prinsip ini penting bagi memastikan pembangunan mampan, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

WADAH menyambut baik penegasan Perdana Menteri Malaysia dalam mesej tahun baharu 2026 khusus ketika peralihan kepengerusian ASEAN dari Malaysia ke Filipina, bahawa keamanan tidak boleh ditawar, dan kerjasama erat negara anggota ASEAN adalah kunci bagi mengelakkan rantau ini terheret ke dalam persaingan kuasa besar.

Seruan agar ZOPFAN dihidupkan semula sebagai agenda strategik tetap adalah tepat pada masanya.

Justeru, sempena sidang ASEAN di Cebu, Filipina, WADAH menyeru negara-negara ASEAN agar:

1. Memperkukuh mekanisme pelaksanaan ZOPFAN melalui kerangka ASEAN Political-Security Community Blueprint 2026;

2. Menubuhkan High-Level Panel on Regional Neutrality bagi memperincikan langkah praktikal neutraliti ASEAN;

3. Mengintegrasikan prinsip ZOPFAN dalam kerjasama ekonomi, keselamatan maritim, pembangunan serantau dan hubungan luar ASEAN.

WADAH percaya bahawa tanpa ZOPFAN, ASEAN berisiko kehilangan kompas neutralitinya. Dengan ZOPFAN, tema “Navigating Our Future, Together” bukan sekadar slogan diplomatik, tetapi visi nyata untuk membina rantau yang aman, bebas, berkecuali, makmur dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

HJ AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung
Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
5324
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
932002
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini