KEPELBAGAIAN DALAM BINGKAI KESATUAN

Kongsikan artikel ini :

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Deklarasi Alor Setar | 5hb Ogos 2023 Menyedari mencapai masyarakat yang harmoni adalah prasyarat penting bagi membina umat yang berdaya maju, berintegriti, mampu bersaing, bersatu padu demi menjaga perpaduan hubungan di antara kaum di dalam negara. Menginsafi kekangan yang ada boleh wujudnya kefahaman yang melampau mengakibatkan tindakan segelintir masyarakat yang boleh dan mampu mengguris hati dan perasaan sesuatu bangsa dalam negara. Memahami bahawa rakyat harus dimerdekakan fikiran mereka dari sudut pandang yang sempit berasaskan kaum, agama, keturunan serta kedudukan ekonomi. Rumusan daripada Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, 5hb Ogos 2023, di Alor Setar dengan kerjasama ABIM Kedah, DBP menyatakan pendirian bahawa pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) adalah pendekatan yang terbaik bagi menyantuni masyarakat majmuk di dalam negara kita yang tercinta ini. WADAH dan ABIM menyelar mana-mana pihak terutama parti politik yang cuba mengaut keuntungan dengan mengutarakan isu-isu yang tidak bertanggungjawab dan sensitif berkaitan dengan kaum, agama, peribadi sehingga menimbulkan keresahan dalam hubungan di dalam masyarakat. Bersandarkan firman Allah S.W.T,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (Surah al-Hujurat: 13) WADAH dan ABIM mempertahan sikap dan pendekatan ‘ta’ayush alsilmi’ yang membawa maksud kehidupan bersama secara aman atau ‘peaceful co-existence’. Kita harus sedar bahawa keterikatan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah juga bersandarkan pada semangat kemanusiaan (‘insaniyyah/humanity’) dan bukannya hanya pada faham ‘creedal nation’ (‘alummah al-‘aqidiyyah’). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawaterdapat perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, namun mereka adalah tetap bersaudara. Deklarasi ini diharap dapat menyedarkan masyarakat ketika ini supaya tidak dikelirukan dengan unsur-unsur negatif yang boleh meruntuhkan sesebuah negara tersebut.  DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMANPresidenWadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) HJ. MOHD SUHAIMI HJ. MOHD JUSOHPengerusiWadah Negeri Kedah UST. AZFAR ABDULLAHYang DiPertuaABIM Negeri Kedah #MengangkatMartabatUmat#menegakkankebenarandankeadilan

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

Seminar Keibubapaan Era Digital Perkukuh 14 Komuniti Wangsa Maju: WADAH Agih Sumbangan ‘Bakul Kasih’

KUALA LUMPUR, 16 September 2026 – Cabaran mendidik generasi masa kini di tengah-tengah kerencaman arus teknologi dan ledakan media sosial menuntut penggemblengan usaha berterusan antara agensi penguatkuasaan, pakar perundangan, institusi pendidikan, serta kepimpinan akar umbi. Menyedari peri pentingnya benteng pertahanan keluarga dibina secara kolektif, penganjuran Seminar Keibubapaan Era Digital telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah […]

Baca Lanjut
hari malaysia

Semarak Hari Malaysia: Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan Himpun Warga PPR dan Profesional Kupas Gagasan ‘Hubb Al-Watan’

KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – Memperingati pembentukan sebuah persekutuan berdaulat pada Hari Malaysia menuntut penghayatan patriotisme yang melangkaui kibaran bendera secara luaran, sebaliknya wajib diterjemahkan melalui tanggungjawab sosial, keadilan, dan pembelaan kebajikan rakyat terbanyak. Semangat inilah yang menyemarakkan penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Ppiwp (WAP) Wilayah Persekutuan yang berlangsung dengan penuh penghayatan di […]

Baca Lanjut
Ijtimak harakiy kedah

Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global Sempena Ijtimak Harakiy WAP Kedah: Kupas Tatanan Dunia Baharu Serta Cabaran Keselamatan Watan

JITRA, 14 September 2026 – Memahami peralihan paksi kuasa dunia serta mengantisipasi ancaman anasir luar terhadap fabrik perpaduan nasional menuntut daya fikir yang tajam, matang, dan berteraskan kefahaman strategik dalam kalangan aktivis masyarakat sivil dan gerakan Islam. Menyedari peri pentingnya wacana keilmuan ini, satu persidangan berprestij iaitu Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global telah berjaya […]

Baca Lanjut
negeri sembilan

Ijtimak Harakiy WAP dan MUKRI Negeri Sembilan 2026: Rapatkan Saf Harakah, Hayati Ucaptama Kepimpinan Serta Kupas Forum Keibubapaan

SEREMBAN, 23 Ogos 2026 – Memperkukuh saf perjuangan gerakan Islam, menyelaraskan persefahaman fikrah merentas generasi, serta memperkasakan institusi kekeluargaan menjadi intipati teras dalam penganjuran Ijtimak Harakiy Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Sembilan serta Muktamar Negeri (MUKRI) 2026. Perhimpunan tahunan yang penuh bersemangat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Seremban semalam. Program […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2048
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
783127
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini