500 Penyertaan Seminar Pemikiran Siddiq Fadzil Sabah

Kongsikan artikel ini :

WADAH Sabah Tekankan Relevansi Pemikiran Siddiq Fadzil dalam Masyarakat Majmuk

Kota Kinabalu, 9 September 2025 – Majlis perasmian Seminar Fikrah Madani: Pemikiran Siddiq Fadzil Peringkat Negeri Sabah telah membuka tirai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah, Tuan Abdul Manap Mahmud di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pemikiran almarhum Ustaz Siddiq Fadzil merupakan salah satu sumbangan intelektual Islam yang besar di Malaysia, khususnya dalam mengangkat gagasan fikrah agama sebagai kerangka pembangunan masyarakat Islam yang hidup dalam realiti majmuk.

“Dalam konteks masyarakat kontemporari, kita sedang berdepan cabaran globalisasi, krisis identiti, polarisasi politik dan sosial. Justeru, seminar ini menjadi wadah penting untuk mengembalikan gagasan pemikiran yang boleh menjadi benteng kekuatan masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi di Sabah yang sangat majmuk,” ujar beliau.

Semua sedia maklum bahawa gagasan pemikiran Siddiq Fadzil menawarkan solusi berteraskan nilai sejahtera bagi menangani pertembungan budaya, agama dan politik. Tanpa penghayatan gagasan ini, masyarakat berisiko terjebak dalam perpecahan, kelemahan wacana dan kehilangan arah menghadapi cabaran zaman.

Objektif seminar ini bukan sahaja membincangkan idea Siddiq Fadzil, tetapi juga menurunkannya dalam bentuk aplikasi praktikal untuk kepentingan pendidikan, kepimpinan generasi muda serta pembelaan masyarakat majmuk. “Akhirnya, kita mahu membina satu jaringan yang dapat mengangkat idea-idea benar dalam membangunkan bangsa,” jelas beliau.

Turut disebut kata-kata Imam al-Ghazali bahawa ulama ialah pelita pada zamannya, yang perlu dimuliakan agar masyarakat memperoleh petunjuk dan tidak sesat oleh arus zaman.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor atas sokongan berterusan dalam memperkukuh pembangunan insan, dakwah, masyarakat dan pendidikan di negeri ini. Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Haji Ariffin Arif yang hadir mewakili Ketua Menteri, serta para panelis yang menyumbangkan pandangan dan pengalaman berharga dalam seminar ini.

Lebih 500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat – termasuk pelajar sekolah, mahasiswa IPT, wakil NGO dan masyarakat umum – hadir bagi menjayakan seminar bersejarah ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik, sekretariat dan pasukan teknikal yang bekerja keras bagi memastikan kelancaran penganjuran.

“Semoga usaha ini menyumbang kepada agenda membina Malaysia yang benar-benar merdeka, berdaulat dan berperadaban,” ujar beliau mengakhiri ucapan alu-aluannya.

Rakaman Ucapan alu-aluan boleh ditonton di paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
746
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415065
Klik Sini