Aktiviti

PRESIDEN WADAH USUL DASAR KONSEP MUHAJIRIN DAN ANSAR TANGANI MASALAH PELARIAN DI MALAYSIA

19 Feb 2024, BANGI – Alhamdulillah, Presiden WADAH, Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman telah ditemuduga oleh Dr. Rodziana Mohamed Razali, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM untuk satu kajian ilmiah mengenai status kanak-kanak pelarian di Malaysia dan cabaran-cabaran yang mereka lalui.

Dalam temubual pagi tadi, Dato’ Hj Ahmad Azam telah mencadangkan supaya konsep Muhajirin dan Ansar harus diangkat sebagai satu dasar insani yang penting yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia sesuai dengan konsep Ihsan dalam Malaysia Madani yang menjadi dasar utama kerajaan kita.

Realiti dunia pada hari ini sangat terkesan dengan lambakan pelarian-pelarian di seluruh dunia, kesan daripada krisis dan konflik peperangan yang memerlukan pembelaan. Malaysia sebagai sebuah negara Islam harus melihat kedatangan para pelarian ini sebagai satu tanggungjawab moral sesama Islam selain diseimbangkan dengan dasar negara dalam soal perlindungan pelarian di negara kita.

Dato’ Hj Ahmad Azam berharap supaya hasil kajian ini dapat memberi pencerahan kepada pembuat dasar negara dalam menangani masalah pelarian secara lebih manusiawi dan Islami, sesuai dan selari dengan mesej Madani pada waktu ini.


Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan