KENYATAAN MEDIA

MENJUNJUNG KASIH AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH, YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16

Daulat Tuanku,
 
 
Merafak sembah menjunjung kasih ke atas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari ini, 30 Januari 2024, selepas bersemayam di atas takhta selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.
 
 
Terima kasih atas segala jasa dan keprihatinan Tuanku dan Permaisuri sepanjang tempoh pemerintahan. Moga Allah terus kurnia ‘afiyah dan kebijaksanaan kepada Seri Paduka berdua.
 
 
Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula esok.
 
 

Ikuti Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI :

Kredit gambar : Berita Harian, Sinar Harian

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

AKTIVITI

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan