Aktiviti

PRESIDEN WADAH BERI UCAPTAMA DI PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN YOUNG MUSLIM ASSOCIATION OF THAILAND (YMAT)

BANGKOK – Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman sebagai Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucaptama di Persidangan Agung Tahunan organisasi Young Muslim Association of Thailand (YMAT) bertempat di Nouvo City Hotel, Bangkok. Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk “Muslim Youth Amid the Vicissitudes of World Community”. Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) merangkap Presiden Global Peace Mission (GPM) Malaysia juga turut berkongsi pengalaman dan cabaran membangun belia Islam di Malaysia.
 
Persidangan kali ini membawa perbincangan dan gerak kerja ke hadapan terkait Belia Islam Di Tengah-tengah Kemelut Komuniti Dunia. Sesi perjumpaan sebegini adalah penting bagi mengukuhkan hubungan silang organisasi, mendapatkan kemaskini, dan menggerakkan usaha-usaha strategik menangani isu-isu terkait hal ehwal Muslim dan pembangunan belia di negara masing-masing. Selain itu, ia juga menjadi medan untuk bertukar pengalaman, berkongsi pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat mengenai isu belia.
 
Antara yang turut hadir adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Saudara Muhammad Dzul Aiman, Presiden OIC Youth Indonesia, Setiausaha Agung International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO), Naib Presiden Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia & the Pacific (RISEAP) dan ramai lagi termasuk jemputan panel yang punya wibawa.
 
Moga segala perbincangan dan sumbang saran yang telah dijalankan membawa pengaruh yang signifikan kepada semua peserta dalam mempengaruhi polisi Kerajaan masing-masing dalam menangani isu kemanusiaan dan hal ehwal Islam.
 
 

Persatuan Wadah Pencerdasan
Umat Malaysia (wadah)

PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 9 November 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa.

Langgan untuk info terkini

KENYATAAN MEDIA

Hubungi Kami

Anjung Rahmat, Pusat Dakwah Dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996,
Persiaran Makmur, Kg Sg. Merab
Luar, 43000 Kajang, Selangor

 03 – 8920 2142
 wadahpusat@gmail.com
Isnin – Jumaat  |  9:00 AM – 5:00 PM

 

Ikuti Kami

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok

Pencerdasan