WADAH Santuni 100 Pesakit Hospital Sungai Bakap Menerusi Program Ziarah Kasih
SUNGAI BAKAP, 14 Mei 2025 – Seramai 100 pesakit di Hospital Sungai Bakap disantuni dalam satu program kebajikan bertajuk Ziarah Kasih anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melalui WADAH Negeri Pulau Pinang dan Nahdah Permatang Pauh dengan kerjasama Yayasan Taqwa.
Program yang julung kalinya diadakan di Pulau Pinang ini berlangsung pada sebelah petang dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak hospital. Rombongan disambut mesra oleh Encik Ellmi bin Che Omar, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sungai Bakap, bersama beberapa orang kakitangan hospital yang turut membantu menjayakan perjalanan program dari awal hingga akhir.
Sebanyak 100 set hygiene kit yang mengandungi keperluan asas penjagaan diri seperti sabun, ubat gigi, tuala muka dan barangan sokongan lain telah disediakan dan diagihkan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di beberapa buah wad. Selain pengagihan, rombongan turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata-kata semangat, doa kesejahteraan dan memberikan sentuhan kasih kepada para pesakit yang diziarahi, tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama.
Antara objektif utama program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada pesakit, menghulurkan sokongan moral dan emosi kepada mereka yang sedang menerima rawatan, serta mengukuhkan hubungan antara badan bukan kerajaan (NGO) dengan institusi kesihatan awam. Program ini juga menjadi medan pengukuhan nilai-nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.
Ziarah Eratkan Sillaturahim
WADAH Pulau Pinang diwakili oleh Tuan Haji Mahamad Aziz (Pengerusi), Tuan Haji Mohd Kamil Bakar (Setiausaha), Ustaz Abdullatif (Exco), Ustazah Rukmini dan Puan Faridah (Exco SALWA Pulau Pinang). Mereka memainkan peranan aktif bukan sahaja dalam penyampaian sumbangan, malah dalam membina hubungan mesra bersama pesakit dan ahli keluarga yang hadir.
Menurut Tuan Haji Mahamad Aziz, program seperti ini memberi impak berganda, bukan sahaja kepada penerima, tetapi juga kepada sukarelawan yang terlibat. “Ia memberi ruang untuk kami mendekati masyarakat dan menyampaikan mesej kasih sayang serta kepedulian dalam bentuk yang praktikal,” ujarnya. Tambah beliau lagi, program ini merupakan manifestasi nilai-nilai Islam yang menekankan pentingnya rahmah, empati dan solidariti kemanusiaan.
Pihak hospital turut menyatakan penghargaan serta kesediaan untuk bekerjasama dalam penganjuran program seumpama ini di masa hadapan. Program Ziarah Kasih ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif kebajikan yang inklusif dan merentas sempadan perbezaan demi kesejahteraan komuniti setempat.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]