Kunjungan Hormat WADAH ke pejabat Chularatchamontri, Ketua Agama Islam Thailand
Bangkok, 13 Mei 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, yang juga merupakan Pesuruhjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-IPHRC), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Chularatchamontri Thailand, Encik Arun Boonchom, di Pejabat Chularatchamontri, Bangkok. Untuk makluman, Chularatchamontri merupakan gelaran rasmi bagi Ketua Agama Islam (Shaykh al-Islām) di Thailand dan bertanggungjawab mengetuai hal ehwal keagamaan umat Islam di negara itu.
Pertemuan rasmi ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat ukhuwah Islamiyah, menzahirkan iltizam kedua-dua pihak untuk memperkukuh jaringan kerjasama serantau dalam isu-isu kemanusiaan, keadilan sosial, dan pemerkasaan ummah. Dato’ Ahmad Azam telah berkongsi peranan yang dimainkan oleh OIC-IPHRC dalam memperjuangkan hak asasi umat Islam di seluruh dunia, termasuk isu-isu kritikal seperti Palestin, minoriti Islam di wilayah bergolak, pelarian, dan mangsa bencana kemanusiaan.
Delegasi Dato’ Ahmad Azam turut disertai oleh beberapa wakil utama, iaitu Encik Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung WADAH; Encik Khairul Arifin Munir, Penolong Setiausaha Agung WADAH; Encik Ruslan Saising, Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan dan Penggalakan Peranan Duta Belia Muslim di Luar Negara; Encik Fahad Tayeh, Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa Persatuan Pelajar Muslim Thai (S.N.T); dan Cik Nurfartimah Jehngoh, Timbalan Pengarah Pusat Penyelarasan Kerjasama Antarabangsa.
Sementara itu, Pejabat Chularatchamontri pula diwakili oleh Encik Manoch Sommanat, Timbalan Setiausaha Chularatchamontri; Encik Somchai Jaewangma, Pengarah Pejabat Chularatchamontri; dan Encik Anusorn Sriadulphan, Pengerusi Bahagian Antarabangsa Majlis Rangkaian Bantuan Kemanusiaan.
Hubungan Malaysia dan Thailand
Dato’ Ahmad Azam turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan signifikan yang dimainkan oleh Pejabat Chularatchamontri dalam memperkukuh keharmonian agama, pendidikan Islam dan aktivisme sosial di Thailand. Beliau menekankan bahawa prinsip keadilan (al-‘adl), kasih sayang (rahmah) dan solidariti (ukhuwwah) yang menjadi teras ajaran Islam harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan kolektif merentas sempadan geografi dan perbezaan mazhab atau bangsa. Dalam konteks ini, WADAH dan OIC-IPHRC komited untuk menyokong pelbagai inisiatif bantuan kemanusiaan sama ada dalam bentuk advokasi, pendidikan hak asasi, atau bantuan kecemasan di zon konflik dan kawasan terpinggir.
Pertemuan ini turut membuka peluang kepada pengukuhan hubungan antara Malaysia dan Thailand dalam usaha memperkasakan masyarakat Islam minoriti, memperluas jaringan kerjasama masyarakat sivil, dan menyelaraskan usaha-usaha kebajikan di bawah kerangka diplomasi sivil Islam.
Kunjungan rasmi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara dua institusi penting Islam di rantau ini, malah menjadi sebahagian daripada misi diplomasi rakyat ke rakyat (people-to-people diplomacy) yang digerakkan oleh WADAH dalam menyemarakkan agenda ummah sejagat di peringkat serantau dan antarabangsa.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]