Kunjung Ziarah Keluarga Allahyarham Abdul Khalid Bin Abdullah di Langkawi
Langkawi, 24 Januari 2025 – Sebelum bermulanya persidangan Majlis Setiausaha Wadah (MASUWA) 2025, wakil Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga Allahyarham Abdul Khalid Bin Abdullah di Langkawi sebagai tanda penghormatan dan ingatan terhadap jasa serta sumbangan beliau kepada jemaah dan masyarakat.
Ziarah tersebut dihadiri oleh presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, setiausaha Agung WADAH, Tn. Azizuddin Ahmad dan beberapa wakil pimpinan WADAH dari seluruh negara. Dalam kunjungan tersebut, mereka berkesempatan bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham untuk menyampaikan ucapan takziah dan memberikan sokongan moral kepada keluarga yang ditinggalkan.
Allahyarham Abdul Khalid Bin Abdullah dikenang sebagai seorang tokoh yang aktif dalam memperjuangkan nilai-nilai kebajikan dan pendidikan dalam masyarakat. Warga WADAH merasai kehilangan sosok tubuh pejuang dakwah yg tidak penat dari usia muda hingga kini.Keluarga besar jemaah akan sentiasa mengenang jasa besar arwah Cikgu Khalid yang sangat hebat dalam kancah dakwah.
Pelbagai jawatan dalam jamaah dari AJK, Timbalan YDP dan YDP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Langkawi pernah disandang oleh Allahyarham. Begitu juga PERDAH (Pertubuhan Dakwah Daerah), beliau adalah pencetus dan peneraju utama dakwah daerah. Jasa dan legasi beliau terus menjadi inspirasi kepada ahli jemaah untuk meneruskan usaha murni yang telah beliau mulakan.
Para wakil WADAH menyifatkan ziarah ini sebagai satu langkah penting untuk memperkukuh hubungan ukhuwah serta mengukuhkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang dalam kalangan anggota masyarakat. Kunjungan ini juga menjadi platform untuk membincangkan usaha meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham, memastikan legasi dakwah dan tarbiyah beliau terus berkembang.
Akhir sekali, ziarah ini mencerminkan komitmen WADAH untuk terus mengutamakan silaturahim dan menghargai sumbangan tokoh-tokoh terdahulu yang telah memberikan impak besar dalam membentuk masyarakat. Kunjung ziarah bukan sekadar tanda penghormatan, tetapi juga satu manifestasi kasih sayang dan perpaduan dalam umat Islam, sesuai dengan ajaran Islam yang menganjurkan ukhuwah dan menjaga kebajikan sesama Muslim.
Berikut merupakan beberapa foto digital Allahyarham:
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]