WADAH SOKONG RUU HAD TEMPOH PM & PENGASINGAN PEGUAM NEGARA
February 24th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
REFORMASI SEJARAH TANDA NEGARA SEMAKIN MATANG: WADAH SERU AHLI PARLIMEN SOKONG SEPENUHNYA RUU HAD TEMPOH PM DAN RUU PEGUAM NEGARA
Kenyataan Media Wadah 24 Februari 2026
KUALA LUMPUR – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan MADANI atas keberanian dan iltizam politik melaksanakan reformasi perlembagaan yang bersejarah melalui pembentangan dua Rang Undang-Undang (RUU) penting di Parlimen, iaitu:
2. RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 – untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
WADAH berpandangan bahawa kedua-dua pindaan ini merupakan lonjakan besar ke hadapan dalam usaha mengukuhkan institusi demokrasi negara, memastikan pengimbangan kuasa yang lebih sihat, serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran dan keadilan di Malaysia.
Memperkasa Tadbir Urus Negara. Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun adalah mekanisme penting untuk mengelakkan pemusatan kuasa yang berlebihan. Ia membolehkan kepimpinan negara disegarkan secara berkala, menggalakkan persaingan sihat dalam politik, dan memastikan tampuk pemerintahan tidak menjadi “milik peribadi” mana-mana individu atau kelompok.
Menjamin Keadilan Sejati. Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah reformasi yang telah lama dituntut oleh pencinta keadilan. Dengan memisahkan fungsi nasihat undang-undang kepada kerajaan (Peguam Negara) daripada fungsi pendakwaan (Pendakwa Raya), kita dapat menamatkan persepsi konflik kepentingan dan “pendakwaan terpilih”. Pendakwa Raya yang bebas daripada pengaruh eksekutif akan memastikan setiap rakyat diadili secara adil dan saksama di sisi undang-undang.
Negara Akan Lebih Kuat dan Berintegriti. Reformasi ini bukan sekadar perubahan prosedur, tetapi adalah asas kepada pembinaan negara bangsa yang kuat, matang, dan berintegriti. Apabila institusi-institusi utama negara berfungsi dengan telus dan profesional, keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa akan meningkat, sekaligus memacu kestabilan dan kemakmuran negara.
Seruan Kepada Semua Ahli Parlimen
WADAH dengan ini menyeru semua Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik, untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi atau parti. Undilah dengan penuh rasa tanggungjawab untuk meluluskan kedua-dua RUU ini.
WADAH percaya, dengan kelulusan RUU ini, negara kita akan menjadi lebih kuat, sistem pentadbiran lebih telus, dan institusi kehakiman lebih berintegriti. Reformasi ini adalah bukti bahawa Malaysia mampu berubah dan menjadi model negara demokrasi Islam yang progresif.
Sekali lagi, WADAH merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan seluruh jentera Kerajaan MADANI atas keberanian membawa perubahan besar ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
“REFORMASI UNTUK INTEGRITI, DEMI MALAYSIA YANG LEBIH KUAT”
TUAN HAJI AZIZUDDIN AHMAD Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]