ISU PESTA GAY & KEPERLUAN ILTIZAM PENGISLAMAN SERTA PENGISLAHAN UNDANG-UNDANG MORALITI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN

Kongsikan artikel ini :

ISU PESTA GAY & KEPERLUAN ILTIZAM PENGISLAMAN SERTA PENGISLAHAN UNDANG-UNDANG MORALITI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN

Kenyataan Media 1 Disember 2025

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan kebimbangan dan penegasan tegas berhubung penganjuran pesta gay dan apa jua aktiviti yang mencabar tatasusila, adab serta nilai moral masyarakat Malaysia yang berasaskan Islam sebagai agama Persekutuan.

1.  Perlunya Kerangka Moral di Peringkat Persekutuan yang Lebih Tegas dan Seragam

WADAH berpendirian bahawa isu berkaitan moraliti awam, perlakuan songsang, dan pencabulan adab sosial tidak memadai untuk ditangani hanya melalui undang-undang Syariah negeri. Perbezaan struktur kuasa antara negeri dan Persekutuan sering dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menganjurkan aktiviti yang menjejaskan institusi keluarga dan akhlak masyarakat.

Sehubungan itu, WADAH menegaskan bahawa sudah sampai waktunya untuk:

  • Persekutuan memperkukuh iltizam Islamisasi dan Islah undang-undang moraliti,
  • Mewujudkan keselarasan undang-undang antara Persekutuan dan negeri,
  • Menyediakan mekanisme perundangan yang lebih jelas, menyeluruh dan efektif untuk mencegah aktiviti yang bercanggah dengan nilai fitrah manusia.

Kerangka moral yang kukuh di peringkat Persekutuan akan melengkapkan, bukan menggantikan, peranan negeri dalam memelihara agama dan akhlak masyarakat.

2.  Dakwah Perlu Bergerak Lebih Pantas daripada Penguatkuasaan Undang-Undang

WADAH menegaskan bahawa undang-undang tidak boleh menjadi pendekatan tunggal untuk membina masyarakat yang bermaruah. Pengislahan undang-undang adalah penting, namun pengislahan manusia mesti bergerak lebih awal dan lebih laju.

WADAH menekankan bahawa:

  • Dakwah, tarbiyah dan pendidikan akhlak mesti diperkasa dan diperluaskan dengan kadar yang lebih cepat daripada usaha perundangan.
  • Pembinaan kefahaman, kesedaran dan kekuatan spiritual adalah asas perubahan sosial yang sebenar.
  • Masyarakat perlu diperkukuh dengan ilmu, hikmah dan panduan, bukan hanya ketakutan kepada hukuman.

Menyediakan mekanisme perundangan yang lebih jelas, menyeluruh dan efektif untuk mencegah aktiviti yang bercanggah dengan nilai fitrah manusia.

WADAH komited memacu usaha dakwah, pendidikan masyarakat, advokasi sosial serta pembangunan keluarga sebagai usaha jangka panjang membina masyarakat berakhlak dan berprinsip.

3. Seruan Kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Semua Pihak Terkait

WADAH menyeru:

  1. Kerajaan Persekutuan untuk menilai dan mengemas kini kerangka undang-undang berkaitan moraliti awam agar lebih selari dengan realiti semasa dan selaras dengan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan.
  2. Kerajaan-kerajaan negeri dan institusi agama untuk memperkukuh kerjasama dalam pendidikan moral, pencegahan sosial dan penguatkuasaan berhemah.
  3. Masyarakat sivil, ibu bapa, institusi pendidikan dan belia untuk bersama memelihara identiti moral negara daripada gejala yang merosakkan struktur keluarga dan nilai fitrah.

WADAH akan terus memperjuangkan agenda amar ma’ruf nahi munkar melalui pendidikan, dakwah berstrategi, advokasi masyarakat dan kerjasama konstruktif dengan semua pihak demi kesejahteraan umat dan negara.

Azizuddin Ahmad,
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
725
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415044
Klik Sini