WADAH Menjunjung Titah YDPA: Perkukuh Tadbir Urus, Banteras Rasuah Secara Tuntas

Kongsikan artikel ini :
rasuah titah ydpa

MENJUNJUNG TITAH YDPA: MEMPERKUKUH PEMBANTERASANRASUAH DAN KEPIMPINAN BERTERASKAN INTEGRITI SERTA KEADILAN

WADAH (Wadah Pencerdasan Umat) dengan ini menjunjung setinggi-tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan di Parlimen Malaysia. Titah tersebut dengan tegas menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuh tadbir urus negara, membanteras rasuah secara tuntas, serta memelihara kepentingan rakyat dan kedaulatan undang-undang.

Titah Baginda mencerminkan keprihatinan terhadap cabaran besar negara, khususnya berkaitan ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pentadbiran. WADAH menegaskan bahawa rasuah bukan sahaja merugikan ekonomi, malah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi dan melemahkan asas keadilan sosial.

Sehubungan itu, WADAH menyatakan sokongan penuh terhadap komitmen Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Usaha memperkasa institusi penguatkuasaan dan memastikan kebebasan badan kehakiman serta prinsip kebertanggungjawaban tanpa memilih bulu adalah langkah yang selari dengan semangat titah YDPA.

Kami percaya bahawa kepimpinan yang berani, telus dan berprinsip adalah kunci utama untuk memulihkan keyakinan rakyat. Pembanterasan rasuah mestilah dilaksanakan secara menyeluruh, konsisten dan bebas daripada campur tangan politik.

WADAH menyeru seluruh ahli Parlimen, penjawat awam serta rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan memperkukuh budaya integriti, menolak rasuah dalam apa jua bentuk, dan mempertahankan prinsip keadilan demi masa depan Malaysia yang lebih bersih, stabil dan sejahtera

Dato’ Ahmad Azam Abd Rahman
Presiden WADAH

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
235
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378532
Klik Sini