WADAH KEDAH KERJASAMA ANJUR PROGRAM KASIH KEIBUBAPAAN DIGITAL

Kongsikan artikel ini :

22 Oktober 2023, ALOR SETAR –  Telah diadakan Program Keibubapaan Digital di Kompleks Pendidikan Al Hikmah, Dewan Dato Syed Azmi dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Negeri Kedah dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah.
Turut hadir iaitu Al fadhil Ustaz Amir bin Nason yang telah merasmikan program ini selaku Pengerusi Wadah Negeri Kedah.
Program disampaikan oleh Encik Farid Wajdi bin Mohd Nor dan Puan Sharifah Anom yang merupakan Jurulatih LPPKN dan Pimpinan WADAH Selangor.
Program ini dihadiri oleh orang awam pelbagai lapisan umur seramai 30 orang di mana para panel menekankan tentang adab dan etika dunia siber, gaya keibubapaan digital, kemahiran keibubapaan digital.
Semoga dengan pendedahan yang dibuat ibu bapa lebih cakna tentang dunia siber dan digital pada masa kini.
























Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Engkau Yang Lembut: Catatan Belasungkawa Buat Murabbi Ummah, Allahyarham Dr. Abdul Halim El-Muhammady

Engkau Yang Lembut Oleh: Hasri Harun (Timbalan Presiden WADAH) Pemergianmu yang tenangNamun mengejutkan kamiSeluruh benak menggigilNamun semuanya ketentuan DiaSesuai namamu HalimKetenangan dan kelembutanSentiasa memberi kekuatanPada dirimu terselit asas juangBekal buat kami yang tinggal Insan yang bernama HalimPendidik, Pemikir dan PejuangDimana engkau sentiasaBicara soal tarbiyyah, mujahadahTak pernah lekang pada lisanmuKeyakinan yang sentiasa tegarYang selalu ingatkan kamiJangan […]

Baca Lanjut

BELASUNGKAWA: Dunia Dakwah Berduka, Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

BANGI, 16 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini diselubungi suasana hiba atas pemergian salah seorang tokoh murabbi dan permata keilmuan tanah air, Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12:14 tengah hari tadi bersamaan 27 Syawal 1447H. Allahyarham merupakan figura yang amat disegani dalam landskap […]

Baca Lanjut

WADAH JOHOR PERKASA KEBAJIKAN MELALUI PROGRAM PEK CERIA RAYA 1447H

Batu Pahat, 11 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor bersama Pusat Tunas Nahdah (PTN) Batu Pahat dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah berjaya melaksanakan Program Pek Ceria Raya 1447H di sekitar Mukim Minyak Beku, Batu Pahat. Program ini melibatkan agihan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal […]

Baca Lanjut

Usrah Gabungan WADAH WP: Menghayati Fiqh Keutamaan dan Kedamaian dalam Masyarakat

BUKIT BINTANG, 8 April 2026 – Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) sekali lagi menjadi saksi kepada penganjuran Usrah Gabungan Bulanan anjuran WADAH Wilayah Persekutuan yang dihadiri lebih 100 orang peserta. Program yang berlangsung pada 19 Syawal 1447H ini bukan sekadar pertemuan rutin, tetapi merupakan medan diskusi intelektual dan pengukuhan rohani yang sangat bermakna. Majlis dimulakan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1714
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
428504
Klik Sini