Reformasi Menyeluruh Terhadap Sistem Kuasa Veto PBB
June 14th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Presiden WADAH: Mansuh atau Kawal Veto, Dunia Tidak Lagi Percaya kepada PBB
Kuala Lumpur, 8 Jun 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menggesa pemansuhan atau reformasi menyeluruh terhadap kuasa veto yang dimiliki lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Gesaan tersebut disuarakan beliau dalam rancangan Glob AlHijrah yang disiarkan secara langsung pada 8 Jun 2025 lalu.
Menurut beliau, penyalahgunaan kuasa oleh pemegang veto PBB wajar dinoktahkan atau PBB dan Majlis Keselamatan akan terus gagal menjalankan fungsinya yang sebenar. Sistem kuasa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, China dan Perancis adalah struktur lapuk yang kini tidak lagi sesuai digunakan dalam menangani konflik global. PBB kini dilihat semakin lumpuh dan tidak berdaya dalam melaksanakan peranannya sebagai badan tertinggi menjaga keamanan sejagat.
Presiden WADAH menyatakan bahawa dunia sudah mula meragui keupayaan PBB dan Majlis Keselamatan untuk bertindak adil. Mandat mereka untuk menjaga keamanan dunia semakin pudar, dan wibawa institusi tersebut semakin terhakis disebabkan dominasi dan ketidakseimbangan sistem kuasa veto.
Pemansuhan Kuasa Veto
Presiden turut memetik gesaan yang pernah disuarakan oleh pemimpin dunia seperti Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa yang menuntut pemansuhan kuasa veto di pelbagai platform antarabangsa. Malah, beliau turut membacakan semula petikan ucapan Dato’ Seri Anwar dalam Common Action Forum 2024 yang menyatakan bahawa kuasa veto telah melumpuhkan Majlis Keselamatan, dan ketiadaan representasi daripada wilayah seperti Afrika dan Amerika Latin mencerminkan satu sistem lama yang sudah ketinggalan zaman.
Ucapan itu turut menyebut bahawa Majlis Keselamatan tidak lagi menjadi saluran untuk bertindak, malah terlalu sering menjadi alat kebuntuan keputusan antarabangsa. Beliau menambah, selagi kuasa veto belum dapat dimansuhkan, dunia mesti menggubal peraturan yang jelas dan ketat bagi mengawal penggunaannya agar tidak disalah guna.
Dalam kenyataannya, Presiden WADAH menghuraikan tiga kelemahan kritikal sistem veto. Pertama, kuasa veto telah menafikan hak suara majoriti negara anggota, menjadikannya sangat tidak demokratik. Kedua, ia telah digunakan secara sewenang-wenangnya oleh kuasa besar demi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka sendiri. Ketiga, ia memperlihatkan bagaimana kezaliman Israel yang semakin melampau dilindungi secara terang-terangan oleh Amerika Syarikat. Tindakan sebegitu menghantar mesej yang meresahkan kepada dunia – bahawa sistem antarabangsa sanggup membiarkan kezaliman berleluasa atas nama kepentingan geopolitik.
Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan veto oleh Amerika Syarikat akan terus berlaku dalam siri draf resolusi akan datang berkaitan konflik di Gaza. Dalam keadaan ini, katanya, tiada keamanan yang boleh dicapai di wilayah tersebut kerana kuasa veto kini terbukti menjadi alat kekejaman dan bukannya jalan keadilan.
Ditegaskan bahawa hanya dengan ketetapan muktamad terhadap fungsi kuasa veto yang berpaksikan prinsip keadilan, kemanusiaan dan solidariti sejagat, barulah keamanan sejati boleh dicapai. Beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk tidak lagi berdiam diri dan segera memimpin reformasi terhadap sistem PBB sebelum ia terus menjadi tidak relevan.
BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]
BANGI, 6 Oktober 2026 – Memperkukuh literasi undang-undang, memelihara keluhuran perlembagaan, serta menyediakan respons berstruktur terhadap isu-isu keadilan sosial menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Strategik Isu Perundangan di Malaysia anjuran Majlis Al-Mizan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program intensif setengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif […]
PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]
PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]