HENTIKAN PENJAJAHAN GAYA BAHARU: KECAM TINDAKAN AGRESIF AMERIKA SYARIKAT DAN SERU DAMAI SEJAGAT KENYATAAN MEDIA WADAH 22 JUN 2025
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengecam sekeras-kerasnya tindakan ketentereaan Amerika Syarikat yang melancarkan serangan ke atas kepentingan strategik Republik Islam Iran. Tindakan ini mencabul kedaulatan negara lain, melanggar undang-undang antarabangsa, dan dilakukan tanpa melalui konsultasi dengan Senat AS sendiri satu langkah autokratik yang mencerminkan ciri-ciri diktator moden dan kekejaman gaya Hitler.
Amerika Syarikat Jangan Menjadi Dalang Perang Dunia Baharu
Tindakan unilateral Amerika Syarikat hanya akan mempercepatkan ketegangan serantau dan menjadi pencetus kepada kancah peperangan baharu di Asia Barat. Dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap keangkuhan kuasa besar yang semakin bertindak sewenang-wenangnya tanpa mandat rakyat dan perundangan antarabangsa.
Dunia Harus Pilih Jalan Pendamaian, Bukan Keganasan
WADAH menyeru agar semua pihak yang terlibat menghentikan kitaran keganasan ini dan kembali kepada meja rundingan. Dunia memerlukan penyelesaian berasaskan keadilan, hak asasi manusia dan penghormatan terhadap sempadan serta kedaulatan negara-negara lain.
Peranan Tegas OIC dan PBB Diperlukan Segera
WADAH mendesak OIC agar mengambil langkah konkrit dan segera untuk mempertahankan umat Islam yang menjadi mangsa konflik serta memainkan peranan pendamai. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga perlu menghentikan dasar ‘double standard’ dan bersikap tegas dalam mengecam sebarang tindakan pencerobohan dan penjajahan moden.
Desak Kecaman Antarabangsa dan Solusi Diplomatik Segera
WADAH menyeru kerajaan-kerajaan, pertubuhan antarabangsa dan masyarakat sivil agar menyatakan kecaman keras terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa ini dan menggerakkan tekanan diplomatik untuk mengembalikan semua pihak ke meja rundingan demi masa depan yang aman dan stabil.
“Bangkit Bersama Dunia yang Adil dan Damai”
Azizuddin Ahmad, Setiausaha Agung, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]