Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menghina Islam melalui tindakan memijak al-Quran yang tular baru-baru ini. Perbuatan ini merupakan satu provokasi keji yang mencederakan kesucian agama Islam, melukai perasaan umat Islam, serta berpotensi menggugat keharmonian dan ketenteraman awam dalam masyarakat majmuk negara ini.
Bagi Wadah, Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang dimuliakan, menjadi sumber petunjuk, nilai, dan akhlak bagi lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia. Tindakan menghina al-Quran bukan sahaja mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan kebencian beragama, malah bertentangan dengan prinsip saling menghormati yang menjadi asas perpaduan nasional.
Sehubungan itu, WADAH menegaskan beberapa pendirian berikut:
Kecaman Tegas WADAH mengutuk keras sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama, khususnya Islam. Tindakan memijak al-Quran adalah satu bentuk kebencian beragama (religious hatred) yang tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.
Tindakan Undang-Undang WADAH menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan tegas, serta mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap individu atau pihak yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menjamin keadilan dan ketenteraman awam.
Menolak Provokasi dan Keganasan WADAH menyeru umat Islam agar bertenang, tidak terperangkap dengan provokasi, serta menangani isu ini secara berhemah, berlandaskan kebijaksanaan, kesabaran dan saluran undang-undang. Tindak balas yang emosional dan melampaui batas hanya akan merugikan semua pihak.
Memperkukuh Pendidikan dan Dialog WADAH menekankan kepentingan pendidikan berteraskan kefahaman agama, literasi antara agama, serta dialog yang membina bagi memupuk sikap saling menghormati dan menolak budaya kebencian.
Menjaga Keharmonian Negara WADAH menyeru semua pihak rakyat, pemimpin masyarakat, media dan penggiat media sosial agar bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, tidak menyebarkan kandungan yang boleh mengapi-apikan sentimen, serta bersama-sama memelihara keharmonian dan perpaduan negara.
WADAH menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama dan mencetuskan kebencian. Hormatilah kesucian agama dan nilai kemanusiaan demi keamanan, keharmonian dan masa depan negara yang sejahtera.
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]