WADAH DIJEMPUT IFTAR RAMADAN MUSLIM KEMBOJA

Kongsikan artikel ini :

Presiden WADAH antara jemputan Perdana Menteri Kemboja ke Program Iftar Ramadan Muslim Kemboja ke-9

Phnom Penh, 24 Mac 2025 – Sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan sumbangan dalam pembangunan masyarakat Islam di peringkat antarabangsa, Perdana Menteri Kemboja telah menjemput Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) sebagai salah seorang jemputan untuk menghadiri majlis iftar berprestij di Kemboja.

Kerajaan Diraja Kemboja telah menganjurkan Program Iftar Ramadan Muslim Kemboja ke-9, satu acara tahunan yang menghimpunkan lebih 6,200 tetamu termasuk komuniti Muslim Kemboja, pemimpin Muslim antarabangsa, duta besar, pemimpin agama tempatan, wakil NGO, pelajar Muslim, belia, dan para pendidik.

Program yang telah diadakan pada Isnin, 24 Mac 2025, jam 16:00 di Chroy Changvar International Convention and Exhibition Centre (OCIC), Phnom Penh ini dianjurkan di bawah naungan Samdech Moha Borvor Thipadei HUN MANET, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja serta Yang Berbahagia Dr. PICH CHANMONY HUN MANET.

Sesi Kuliah di Universiti Sebelum Program Iftar

Sebelum menghadiri program iftar, pada jam 10:00 pagi hari yang sama, Dato’ Ahmad Azam turut dijemput oleh Lembaga Pengurusan Cambodia University of Management and Technology untuk menyampaikan syarahan kepada kira-kira 150 profesor dan pelajar universiti tersebut.

Sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Kemboja, beliau berkongsi pengalaman serta wawasannya mengenai kepimpinan, pembangunan masyarakat Islam, dan konsep harmoni antara agama dalam konteks Asia Tenggara. Lawatan ini mencerminkan hubungan akademik yang erat antara Malaysia dan Kemboja serta komitmen dalam membangunkan generasi muda dengan nilai-nilai kepimpinan dan toleransi antara budaya.

Delegasi Malaysia dan Model Hidup Damai Kemboja

Turut hadir ke Majlis Iftar Kemboja bersama Presiden WADAH ialah:

  • Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
  • Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  • Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  • Haji Shahran Kasim, Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah

Kehadiran delegasi ini membawa simbolik Model Hidup Damai bersama Buddha Muslim, satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuh keharmonian antara penganut Islam dan Buddha di rantau ini. Model ini selari dengan konsep Fiqh al-Ta’ayush, iaitu pendekatan meraikan kepelbagaian bagi membina kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Masyarakat Kemboja merupakan contoh terbaik dalam mengamalkan kehidupan harmoni antara agama. Sejarah menunjukkan bahawa komuniti Islam dan Buddha di Kemboja telah hidup bersama dalam suasana aman damai selama berabad-abad, dengan sikap saling menghormati dan bekerjasama dalam pelbagai aspek kehidupan. Model ini menekankan nilai toleransi, dialog terbuka serta saling memahami bagi mengukuhkan perpaduan antara masyarakat berlainan kepercayaan.

Menurut NEAK OKNHA DATUK DR. OTHSMAN HASSAN, Menteri Kanan yang Bertanggungjawab dalam Misi Khas (Hal Ehwal Islam) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Iftar Ramadan Kerajaan Diraja Kemboja, program ini bertujuan untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiah serta memperkukuh hubungan antara pemimpin Muslim dari pelbagai negara.

“Kami amat menghargai kehadiran Dato’ Ahmad Azam dan berharap dapat menyambut beliau dalam majlis penuh keberkatan ini,” ujar beliau dalam kenyataan rasmi.

Selain program iftar, delegasi Malaysia juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin agama dan masyarakat tempatan untuk bertukar pandangan serta membincangkan kaedah memperkukuh nilai kesepaduan sosial melalui amalan hidup bersama dalam suasana yang penuh harmoni. Kehadiran delegasi Malaysia ke Kemboja dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara serta memberi inspirasi kepada masyarakat Islam di rantau ini dalam mempromosikan keharmonian antara agama.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3756
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
389844
Klik Sini