WADAH Anjur Persidangan Meja Bulat Penyelidikan

Kongsikan artikel ini :

Wadah Anjur Persidangan Meja Bulat Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO

Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Persidangan Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesi ini dimulakan dengan pengenalan ringkas panel jemputan dan para peserta yang hadir. Antara panel yang hadir ialah  Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, selaku Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani yang membentangkan tajuk Indeks Madani di Putrajaya. Berikutnya, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, selaku Ketua Kumpulan Penyelidikan Universiti Governans untuk Pemuliharaan telah membentangkan tajuk ‘Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung’’.

Meja Bulat Kemasyarakatan

Komuniti Setempat sebagai Khalifah dalam Pemuliharaan Warisan melalui Geopark di Malaysia. Seterusnya, Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun turut hadir membentangkan tajuk ‘‘Ruang Bermain yang Hilang: Persepsi dan Harapan Kanak-kanak terhadap Peluang Rekreasi di Kawasan Bandar’’. Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob jugaturut hadir membentangkantajuk “Tingkah Laku Beretika Alam Sekitar Masyarakat Melayu-Islam”.

Program ini juga menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara organisasi masyarakat sivil bagi memastikan setiap usaha pembangunan sosial dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, tersusun dan berasaskan data. Sesi pembentangan penyelidikan, perkongsian projek lapangan dan perbincangan dua hala turut diadakan bagi mengenal pasti cabaran serta peluang baharu dalam melaksana program kemasyarakatan. Sesi ini diakhiri pada jam 1.00 petang dengan rumusan serta cadangan tindakan susulan bagi memastikan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penyelesaian yang berkesan untuk masyarakat perumahan rakyat

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
688
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
385241
Klik Sini