WADAH MENGALU-ALUKAN LANGKAH AWAL KERAJAAN KAWAL EKONOMI NEGARA DI TENGAH KRISIS GLOBAL
March 12th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KENYATAAN MEDIA 12 MAC 2026
WADAH mengalu-alukan dan menyambut baik inisiatif proaktif Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengambil langkah-langkah awal dan strategik bagi mengawal keadaan ekonomi negara. Langkah ini amat tepat pada masanya memandangkan dunia sedang berdepan dengan krisis peperangan yang mencetuskan ketidaktentuan ekonomi global.
WADAH memandang serius kesan limpahan daripada konflik antarabangsa ini, termasuk gangguan rantaian bekalan, turun naik harga komoditi, serta tekanan inflasi yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Justeru, langkah awal Kerajaan menunjukkan kesiapsiagaan tinggi dalam memastikan ekonomi negara terus terpelihara.
Antara usaha yang terus dalam perhatian seperti pemantauan harga barang keperluan. Usaha memperketatkan kawalan harga barang keperluan asas bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Kedua, jaminan bekalan makanan: Inisiatif untuk mempelbagaikan sumber import dan memperkukuh sektor agro-makanan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara yang terjejas dengan konflik.
Ketiga, mengambil tindakan tegas sebarang usaha penyeludupan, serta usaha untuk menyorok barangan keperluan rakyat bagi mengaut keuntungan.
WADAH yakin bahawa langkah pencegahan ini bertindak sebagai benteng awal yang kukuh dalam menghadapi kemungkinan kemelesetan ekonomi global.
WADAH menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu padu dan memberi sokongan padu kepada Kerajaan dalam melaksanakan agenda ekonomi ini. Rakyat harus mengenepikan isu yang menjejaskan keharmonian dan menumpukan kerjasama dalam mengukuhkan negara.
WADAH berharap agar Kerajaan terus berkomunikasi secara telus dengan semua pihak berkepentingan (stakeholders) bagi memastikan manfaat optimum sampai kepada semua lapisan masyarakat.
TUAN HAJI AZIZUDDIN BIN AHMAD Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]