Tahniah, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan Baharu
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas pelantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 23 Mei 2025.
Pelantikan ini merupakan satu penghormatan besar kepada sosok ilmuwan muda yang mempunyai keilmuan mendalam serta ketokohan yang terserlah dalam menyampaikan ilmu, memperjuangkan pemurnian aqidah dan menjawab pelbagai isu kontemporari umat Islam dengan hikmah, hujah serta pendekatan rahmah.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir – sebuah institusi tersohor dunia Islam yang melahirkan ramai tokoh ulama. Beliau turut melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Syariah di Universiti Malaya dan memiliki Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta’ Mesir pada tahun 2008, menjadikan beliau antara tokoh muda yang memiliki kombinasi ilmu tradisi dan kontemporari yang mantap.
Pendakwah Aktif Menyantuni Masyarakat
Ustaz Ahmad Fauwaz turut dikenali sebagai pendakwah yang aktif di media sosial serta pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Keupayaannya menjelaskan hukum-hakam agama secara jelas, bersandarkan nas dan dalil, namun disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami masyarakat, menjadikan beliau dekat di hati rakyat. Beliau juga tegas dalam mempertahankan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah serta menolak ajaran sesat dan fahaman ekstrem yang memesongkan umat.
Pada 8 Januari 2025 yang lepas, Ustaz menjadi pengajar utama Kuliah Khas bertajuk Manzumah Maqasid anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pertubuhan SALWA Malaysia. Kuliah ini berlangsung di Markaz Al-Qaradhagi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, dan dihadiri oleh 40 orang peserta.
WADAH percaya pelantikan beliau sebagai Mufti akan membawa sinar baru kepada institusi fatwa dan pentadbiran agama di Wilayah Persekutuan, terutama dalam mendepani cabaran era digital, isu gender, krisis sosial dan persoalan undang-undang Islam dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.
WADAH mendoakan agar Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta bimbingan Ilahi dalam menjalankan amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara. Semoga kepimpinan beliau sebagai Mufti akan menyinari Wilayah Persekutuan dengan panduan ilmu, rahmah dan keadilan Islam yang berpaksikan maqasid syariah serta maslahat umat.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]