Silaturrahim Rentas Nusantara: WADAH Terima Kunjungan Hormat Delegasi Pondok Pesantren Buya Hamka
PUTRAJAYA, 18 Mei 2025 – Delegasi dari Pondok Pesantren Buya Hamka, Indonesia, telah mengadakan Kunjungan Silaturrahim ke Malaysia bermula pada 17 hingga 21 Mei 2025. Lawatan ini diketuai oleh Bapak Zainul Ariffin, dengan objektif disusun sebagai platform ukhuwah, ziarah, serta pertukaran ilmu dan pengalaman dalam bidang pendidikan, dakwah dan pengurusan institusi Islam.
Antara pengisian utama dalam siri lawatan lima hari ini termasuklah ziarah takziah ke kediaman almarhum Dr. Rumaizuddin Ghazali di Bandar Seri Putra, Kajang bagi mengenang jasa beliau dalam memperjuangkan pendidikan dan dakwah di Malaysia. Di sekretariat WADAH pusat, Anjung Rahmat, Sungai Merab, delegasi disambut oleh Hj Abdul Khudus bin Mohd Naaim, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM serta En. Mohd Halimi bin Abd Hamid, Setiausaha Kewangan WADAH. Perjumpaan ini menjadi ruang erat bagi perkongsian pengalaman dan membina solidariti keilmuan rentas sempadan.
Delegasi turut mengadakan kunjungan rasmi ke ibu pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di mana perbincangan tertumpu kepada peranan institusi dalam pembangunan ekonomi umat melalui pendekatan wakaf, pendidikan dan khidmat masyarakat.
Diskusi Sektor Pendidikan
Salah satu acara penting ialah sesi Bicara Pengurusan Pondok Pesantren di Sekolah SERI/SEMI ABIM Sungai Ramal Kajang, yang menampilkan pertukaran pengalaman antara pengurus sekolah ABIM dengan wakil pondok dari Indonesia. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada strategi pengurusan pendidikan Islam bersepadu yang menggabungkan kurikulum akademik dan tarbiyah rohani, sebagai model terbaik dalam melahirkan pelajar holistik.
Lawatan ini turut disempurnakan dengan pertemuan khas bersama Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Q-Bistro, Putrajaya. Sesi ini membuka ruang dialog strategik mengenai peranan masyarakat madani dalam memperkasa ummah melalui kerjasama pendidikan, kebajikan dan advokasi hak asasi.
Keseluruhan kunjungan ini menggambarkan komitmen tinggi kedua-dua pihak dalam memperkukuh jalinan ukhuwah dan kerjasama rentas negara, sejajar dengan misi membangun masyarakat berilmu, berintegriti dan berdaya saing selari dengan prinsip Islam Rahmatan lil-‘Alamin. Kunjungan ini bukan sahaja mempererat hubungan dua negara serumpun, bahkan menyuntik semangat baharu dalam misi ta’dib, tarbiyah dan pembinaan masyarakat berteraskan ilmu dan nilai.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]