Ustaz Ahmad Fauwaz, Mufti Wilayah Persekutuan Baharu
May 27th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Tahniah Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan Baharu Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan Tahniah atas pelantikan Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil selaku Mufti Wilayah Persekutuan yang Baharu. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan beliau sebagai pendakwah muda yang prolifik dan berpengalaman dalam dakwah, dan dalam landskap institusi fatwa di negara ini.
WADAH berpandangan SS Ustaz Fauwaz Fadzil merupakan seorang tokoh pemikir muda Islam kontemporari yang sedang meningkat naik. Beliau seorang ilmuwan muda yang dekat dengan masyarakat, berlatarbelakangkan bidang Usul Fiqh dan Maqasid Syariah serta mendapat Latihan daripada Institusi Fatwa di Mesir.
Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan baharu, Wadah yakin bahawa SS Ustaz Fauwaz Fadzil mampu memikul tanggungjawab dalam menyampaikan fatwa, memberikan bimbingan agama kepada masyarakat, serta berperanan sebagai intelektual dalam isu-isu keagamaan. Dalam era yang sarat dengan cabaran semasa seperti kemelut ideologi liberal, kekeliruan fahaman agama, isu sosial yang kompleks, dan tularan maklumat palsu, peranan mufti sangat penting dalam memandu umat kembali kepada neraca syariah dan maqasidnya. Sesungguhnya, pengalaman beliau sebagai mufti bukan sekadar menyatakan halal dan haram, tetapi juga menjadi juru bicara kepada nilai-nilai kebenaran, keadilan, dan rahmat Islam selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
Gaya dan Kefasihan
WADAH juga yakin bahawa SS Ustaz Fauwaz Fadzil, dengan gaya penyampaian beliau yang lembut tetapi tegas, serta kefasihan dalam bahasa Arab dan wacana kontemporari, diyakini mampu menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang. SS Ustaz Fauwaz Fadzil, walaupun masih muda, sudah terbukti aktif dalam menyampaikan ilmu melalui pelbagai platform dari masjid ke media sosial serta mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Pengaruh beliau di lapangan dakwah dan kesarjanaan menjadikannya sosok yang relevan dengan tuntutan semasa umat.
Dalam memperkukuh semangat Islam dalam konteks Malaysia Madani, diharapkan bahawa SS Ustaz Fauwaz Fadzil dapat mengarusperdanakan pendekatan maqasid syariah dalam penyampaian fatwa dan pendidikan masyarakat. Ini bukan sahaja relevan, malah selari dengan roh Islam yang bersifat universal, progresif, dan menyantuni perbezaan.
WADAH sekali lagi mendoakan serta menyambut baik pelantikan beliau selaku Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga beliau terus istiqamah, dilimpahi keberkatan dan bimbingan Ilahi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Hasri bin Harun Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia www.wadah.org.my
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]