TINDAKAN BIADAP AHLI PARLIMEN PASIR MAS

Kongsikan artikel ini :

WADAH MELAKA MENGECAM TINDAKAN BIADAP AHLI PARLIMEN PASIR MAS TUAN AHMAD FADHIL SHAARI

WADAH Melaka mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhil Shaari yang mempermainkan rundingan damai dan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja melalui penyebaran karikatur haiwan berunsur penghinaan. Karikatur yang menggambarkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dalam bentuk haiwan merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak sensitif dan menjijikkan.

Sebagai pemimpin rakyat, seharusnya beliau menunjukkan rasa hormat terhadap usaha diplomatik yang amat penting demi kestabilan serantau. Tindakan beliau ini bukan sahaja mencalarkan imej negara di peringkat antarabangsa, malah boleh mengundang kemarahan kerajaan Thailand dan Kemboja yang sedang bergantung kepada peranan Malaysia sebagai pengantara yang dipercayai dan berkecuali.

WADAH Melaka berpandangan bahawa rundingan damai bukanlah suatu isu yang boleh dijadikan bahan jenaka, apatah lagi memperlekehkan watak penting dalam proses perdamaian. Oleh itu, WADAH Melaka menuntut agar Tuan Ahmad Fadhil Shaari membuat permohonan maaf secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri, serta menarik balik sebarang kenyataan atau bahan yang boleh mencetuskan ketegangan diplomatik.

Pada masa yang sama, kami menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang wajar bagi memastikan keharmonian dan nama baik negara terus terpelihara.

Sekian.

Haji Mohd Fairus Bin Ahmad
Pengerusi
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Negeri Melaka
31 Julai 2025

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
731
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415050
Klik Sini